Sunday, September 28, 2014

#cabaran30hari #Hari ke-27 : Mood Anda Hari ini

SOALAN KE-27

#Hari ke-27 : Mood Anda Hari ini

Mood Hana hari ini, bermaksud mood semalam. hehe..sebab entry sepatutnya ditulis semalam ditulis hari ini. Seharian pegi jalan-jalan, so, mood baik dan ok saje. ;)

Lepas solat maghrib kat masjid besar kuantan, Hana ke Kuantan Prade nak bayar bil P1, cari sandal untuk anak and tali pinggang. Huhuhu...nak masuk tu tengok persembahan promoter oppo ni haa, promotion oppo semalam.

Luqman macam biasa, tak pernah duk diam. Jumpa patung ni tergamam sekejap..hahahaha..mungkin pelik agaknya, nape la orang ni tinggi sangat

Haaaa, gaya dia nak tengok punya pasallll...woooo tingggiii ;D

Then, pegi makan-makan jap. Luqman main straw..suap makan tak mau!!

Kemudian, kami ke Teluk Cempedak sattt..terjumpo plak bendo alah ni. suruh ayah Luqman g bergambar, taknak pulakkk..malu kononn

Last sekali, bawak sekeciknya jadi penonton budak-budak main air..nak letak dalam bot tu, bukannya pandai lagi. Jap lagi menangis, lompat ke apa.haisshh tak payah la..tunggu adik besar ckit yer..lepas tu terus balikkk, hmm pukul1 pagi baru sampai umah, stuck dalam jem..hadoiiihhhh!!haha
Itu jela mood semalam, dan puas hati jugak, sebab lama tul tak keluar bersama.

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, September 26, 2014

#cabaran30hari #Hari ke-26 : Gajet Kepunyaan Anda

SOALAN KE-26

#Hari ke-26 : Gajet Kepunyaan Anda


Ini sahaja yang ada, Samsung Galaxy Note, dah berkurun dah..hehe. Sekarang orang dah pakai Iphone6 gold bagai..tapi ini la nyawa, merangkap pembantu, penghubung dengan orang luar, keluarga, customer. Tapi kalau nak update facebook, page blog Hana lebih suka guna laptop, senang. Lagipun pakai Wifi P1..masalah internet tu tak ada sangat bila kat rumah. Ini je yang mampu setakat ni, dah pernah rosak ic..nak jual, orang dah taknak..hahaha. Sebab dah pernah repair. Tak pelah..sudah lebih dari cukup buat masa ni. Alhamdulillah.

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, September 25, 2014

#cabaran30hari #Hari ke-25 : Berita Terkini Hari Ini Yang Anda Baca

SOALAN KE-25

#Hari ke-25 : Berita Terkini Hari Ini Yang Anda Baca

Pembetulan, tak baca pun, dengar dan lihat je. Hari ni hari mengundi kat Pangkalan Kubor,Tumpat Kelantan kan???..betul laa, semua orang tahu kot. Sebab buka tv hanya yang tu je yang keluar. Hehe. Tahniah kepada pihak yang menang. Tak kisah la siapa pun, asal laksanakan tugas dan tanggungjawab dengan jujur dan amanah. Berat tanggungjawab disisi masyarakat dan paling penting Allah s.w.t. Oh ya!! my hubby ada kat sana actually..huhu, esok dia pulang. Bukan jadi guard kat situlaaaa, dia pembantu jurulatih budak-budak kursus. Harap selamat perjalan pulang my sayang esok. Aminnnn..

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-24 : Rumah Impian Anda

SOALAN KE-24

 #Hari ke-24 : Rumah Impian Anda

Rumah impian anda??..urmm..ofcoz la macam instana!!;D. Nak tak nak, Hana dah ada rumah sendiri, Husband dah beli kat kelantan. Tapi wat masa sekarang, disewakan. Tapi macam tak best jugak, perumahan kan. Kita dah biasa dari kecik tinggal kat kampung, ada tanah sendiri, dalam hati tu nak jugak la, bina umah sendiri, ada halaman yang luas. Dalam rumah ada ruang-ruang yang boleh kita tetapkan, contohnya ruang belajar, ruang santai, ruang tamu, ruang makan...berrruanggg ruangg..;D
Haaa...rumah macam tu diimpikan sebenarnya, tapi memandangkan kos sekarang dah tinggi, so kita kumpul duit beli tanah jer...hahha. Then kumpul duit lagi bina rumah.

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-23 : Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang

SOALAN KE-23

 #Hari ke-23 : Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang

Ingin apa kebendanya, sekarang pun kerja sendiri, buat bisnes online ni.hahaha. Setakat ni Hana bahagia dengan pilihan Hana. Atleast ada juga pendapatan sendiri, walaupun kecil-kecilan ajo kannn. Actually Hana student Engineering, memangla kan, belajar tinggi-tinggi nak dapat apa yang kita belajar . So far, ramai member semuanya Engineer. Alhamdulillah, rezeki masing-masing la kan. 2 orang daripada kawan kat University dulu bisnes dan dah ada kedai sendiri.Rezeki masing-masing. Dan Hana bahagia dengan cara sekarang, eh penat taw??..sape cakap bines online ni biasa-biasa, santai, suka-suka??..itu maknanya yang buat jualan online tu tak bersungguh-sungguh. hehe. Tak percaya cuba buat!!

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-22 : Destinasi Percutian Impian

SOALAN KE-22

 #Hari ke-22 : Destinasi Percutian Impian


Ek, eleeyyy, tengok gambar saje dah tahu...Bila la agaknya bleh sampai kesana yer..haha. Angan-angan je kot. Eh, mana tahu one day, Hana selfie kat situ???..haaaa..jangan ado yang terkejut..tiba-tiba cakap...waaaaa...bestnyaaaaa..hahaha (poyo). Tak de lah, impian sikit-sikit tu ada la jugak kan, bohongla kalau tak ada langsung.heee daaa

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-21 : Tempat Yang Ingin Anda Pergi dan Tak Pernah Pergi

SOALAN KE-21

 #Hari ke-21 : Tempat Yang Ingin Anda Pergi dan Tak Pernah Pergi


Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki kita semua sampai kesini. Hana yakin, bukan Hana je yang idamkan ke Makkah, majoritinya kita Ummat Islam punya hasrat yang sama. Mudah-mudahan, segala urusan kita dipermudahkan. Samada tunggu giliran dengan Tabung Haji, atau pergi private, tak mengapalah...asalkan segalanya lancar. Dan kepada sesiapa atau ahli keluarga yang sedang menunaikan haji sekrang, kita doakan mereka dapat Haji yang mabrur...aminnn

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari