Wednesday, October 1, 2014

#cabaran30hari #Hari ke-31 : Apa Yang Anda Dapat Dengan Berblog

SOALAN KE-31

#Hari ke-31 : Apa Yang Anda Dapat Dengan Berblog

Alhamdulillah, pertamanya bersyukur kehadrat ilahi kerana dapat juga habiskan cabaran 30 hari dari kelab blogger Ben Ashaari ni. Thanks Abang Ben kerana buat segmen macam ni.

Apa yang Hana dapat dengan berblog ialah pertamanya kepuasan. Kepuasan dalam menulis, kerana semuanya boleh dikongsi dengan semua orang walaupun kita tak kenal siapa pun. Namun begitu, perlu hati-hati juga kerana kita tak tahu siapa pembacanya. Risau juga kalau maklumat peribadi terdedah dan mendatangkan aib kepada diri sendiri.