Thursday, August 28, 2014

Birthday Cake Kirigami Pop Up Card Tutorial | Free Pattern




Rehatkan diri seketika, jom layan video ni..creative kan?..sape suka craft?? ok kita GENG!!hehe

Tuesday, August 26, 2014

Hans Isaac Terkejut Neelofa Keluar Kenyataan


Walaupun tidak pernah mengumumkan bahawa mereka menjalinkan hubungan cinta, namun semua pihak pasti sudah sedia maklum mengenai keakraban antara Hans Isaac dan Neelofa. Baru-baru ini Neelofa telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan hubungannya dengan Hans telah putus ditengah jalan yang mana tindakan tersebut telah mengejutkan Hans.

“Saya mengakui terkejut apabila dia mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan kami kerana kami berdua telah mencapai kata sepakat untuk tidak membuka mulut mengenai hal ini. Saya mengendalikan beberapa syarikat dalam bidang korporat jadi saya tidak mahu dikaitkan dengan perkara sebegini yang mana ia tidak memberikan imej yang begitu baik kepada syarikat saya.

Kami masih lagi berkomunikasi dan berkawan serta masih ada rasa sayang itu pada dia sebagai sahabat. Apa yang boleh saya katakana adalah wang sama sekali tidak menjamin kegembiraan kerana walaupun kini saya ada segalanya tetapi kadang kala timbul rasa kesunyian itu,” ujar Hans ketika ditemui di majls sidang media Supermokh Restaging di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Hans, dia cuba untuk memenuhkan jadual hariannya bagi memastikan dia tidak memikirkan perihal peribadinya. Bagi Hans, dia bukannya muda untuk terlalu menghebahkan kisah cintanya kepada umum sebaliknya mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri.

“Bagi saya jika saya ‘down’ maka saya akan penuhkan masa saya dengan kerja serta aktiviti. Bagi saya lebih baik berdiam diri kerana dengan usia saya sekarang ini tidak sewajarnya berperangai seperti budak-budak untuk mengwar-warkan kisah cinta saya. Malah sejak dulu lagi saya tidak suka untuk bercakap mengenai perihal peribadi saya,” ujar Hans.

Dalam perkembangan terkini, Hans berkongsi yang dia begitu teruja dengan teater Supermokh yang dipentaskan buat kali kedua di pentas berprestij Istana Budaya. Masih mengekalkan plot yang sama, Hans berharap agar orang ramai berpeluang untuk menonton teater yang berlatarkan lagenda bola sepak negara ini.

“Walaupun jalan cerita sama namun saya dan Harith Iskander cuba untuk mencipta kelainan agar teater Supermokh kali ini menjadi lebih baik berbanding sebelumnya. Malah kami juga mempergiatkan promosi agar orang ramai tahu mengenai teater ini yang mana ramai yang tidak mengetahui kewujudan teater Supermokh sebelum ini.

Selain menambah beberapa lagu baru, kami juga turut menambahkan kreativiti menerusi tarian yang melibatkan LED. Walaupun teraju utama iaitu Awie turut terlibat dengan masalah peribadi namun kami tidak memandang dari sudut itu sebaliknya fokus kepada bakat yang ada padanya,” ujar Hans mengakhiri perbualan.

Sunday, August 24, 2014

Gunung Berapi Bardarbunga mula meletus


Iceland mengeluarkan amaran keselamatan ke atas gunung berapi Bardarbunga kepada tahap merah semalam, dengan melarang sebarang penerbangan daripada menggunakan laluan udara di kawasan tersebut, selepas mengesan letusan kecil di situ.

KETIBAAN JENAZAH MH17 KALI KE-2

JENAZAH Ketua Pramugara MH17 Mohd Ghafar Abu Bakar dibawa pulang ke rumah keluarganya di Taman Bukit Indah sebelum disembahyangkan di Masjid Bukit Indah, Ampang.

Semoga keluarga allahyarham sabar, dan redha atas pemergiannya. Al-Fatihah.




Friday, August 22, 2014

Kunjungan pertama Kajol ke Malaysia

Pelakon Kuch Kuch Hota Hai, Dilwale Dulhania Le Jayenge dan Kabhi Kushi Kabhi Gham itu datang ke sini tanpa kehadiran suaminya, aktor Ajay Devgan. 

Ini adalah kunjungan pertama Kajol ke negara ini.


Filem terakhir lakonan aktres itu ialah My Name Is Khan (2010) dan dia akan berlakon dalam filem terbaru arahan Rohit Shetty bersama Shah Rukh Khan dan sebuah lagi filem terbitan suaminya dengan membawakan watak isteri mafia.

Pada majlis pelancaran saluran baru 251 di sebuah hotel di ibu kota itu, jemputan dihiburkan dengan persembahan lagu popular yang dimuatkan dalam filem lakonan aktres terbabit.

GAMBAR PENGHORMATAN JENAZAH MH17

Sebelum sampainya mereka, sudah terasa sebak dan sedih. Apalagi keluarga yang terlibat. Tak terbayang bagaimana saatnya ketika mereka bakal menyahut seruan ilahi. Akhirnya menitis juga airmata, bila jenazah nahas #MH17 diturunkan dan dibawa tertib dan juga diberi penghormatan terakhir. Sempat bersama-sama bertafakur pada jam 10.54am. Semoga mereka selamat disemadikan dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Aminn, Al-Fatihah. Takziah kepada semua keluarga nahas #MH17 

















Friday, August 15, 2014

Perkembangan Mazidul Akmal Sidek


Baru baru ini, Mazidul Akmal dilaporkan koma di hospital kerana stroke. Terkini keadaan Mazidul Akmal Sidek, masih tidak berubah. 

Menurut sumber separuh daripada tempurung kepala dah dibuang. Mungkin sebahagian daripada proses rawatan. 

Sebelum ini,ramai yang memberikan komen negatif dan mungkin ada yang terguris mahupun menyakitkan hati sesetengah pihak namun, sebagai saudara seagama, mari kita doakan semoga dia cepat sembuh. Dunia itu berputar. Hari ni mungkin giliran dia. Esok lusa mungkin kita. 

Semoga Mazidul cepat pulih.

Kalau Izreen Bercinta Sekalipun, Itu Adalah Hak Peribadi Dia – Bekas Suami

Nampaknya berita keakraban serta kerapatan hubungan Izreen Azminda dan Amar Baharin tidak memberi sebarang kesan kepada bekas suaminya, Muhammad Riza. Ini kerana bagi Riza, itu adalah hal peribadi bekas isterinya dan tiada kaitan dengan dirinya selepas mereka ambil keputusan untuk bercerai. Senang cerita, suka hatilah Izreen nak bercinta ke nak buat apa-apa, Riza enggan ambil tahu.


Kata Riza menerusi Mstar Online:-

Saya sedikit pun tidak tertekan dengan berita-berita yang keluar itu kerana kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Kalau dia bercinta sekalipun itu adalah hak peribadi dan terpulang kepada dia untuk menentukan kehidupannya.

Perceraian kami mungkin sudah ditetapkan oleh Allah, kalau disebabkan orang ketiga sekalipun saya reda. Apa-apa pun alasan perceraian ini pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku, saya doakan yang terbaik buat dia


Nampak gayanya macam tiada harapan untuk mereka berdua rujuk kembali. Apa pun hubungan anda berdua haruslah diteruskan walaupun tidak lagi dan tidak akan bergelar suami isteri kembali. Ini kerana anak hasil perkongsian hidup Riza dan Izreen pastinya memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu. Semoga di akhir nanti, Riza dan Izreen akan bertemu kebahagiaan yang dicari. Sama-samalah kita doakan.

# Hana masih tak puas hati dengan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan..hahaha...please la akhirkan cerita dengan lebih baik. Mungkin ada Kerana Terpaksa Aku Relakan 2 ke?? nakkkkkkkk...best sangat cerita tu...

Fiza Kongsi Kisah Rujuk Dirinya Dan Adam Di Kala Sahur

Bagus juga Fiza sudi berkongsi mengenai kisah rujuknya dengan Adam kepada orang ramai. Iyerlah,sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Menariknya mereka berdua telah pun kembali bergelar suami isteri pada bulan Ramadhan lalu ketika bersahur. Mesti Fiza rasa sangat terharu.


Kata Fiza:-

Tiba-tiba masa sahur itu dia lafazkan mahu rujuk seula. Mengalir juga air mata saya sebab tak sangka langsung. Alhamdulillah mulai dari detik itu, kami kembali bergelar sebagai suami isteri. Syukur Allah mendengar doa saya dan peminat.

Saya dapat lihat dia masih sayangkan saya daripada perbuatan dan caranya jadi bila dia bertanya (rujuk), saya tak fikir panjang sebab benda baik buat apa tunggu lama-lama.

Kalau nak kata kehidupan berubah daripada dulu tak ada sangat. Cuma masing-masing sudah baiki kesalahan diri sendiri. Ia mengajar kami agar lebih berhati-hati dalam kata-kata dan tingkah laku.

Paling penting, kami kena lebih banyak bersabar. Saya akui kehidupan lebih seperti lengkap semula. Dulu bila tak ada suami macam patah kaki sebelah juga rasanya.

Memanglah kita boleh hidup sendiri tapi bila bersuami ini rasanya lain sikit dan lebih baik sebenarnya.


Semoga kata-kata Fiza ini dijadikan panduan buat kita semua yang sedang mengharungi alam rumah tangga. Selalu bawa berbincang. Jangan pendam perasaan lama-lama. Insya Allah kekal bahagia buat selamanya.