Tuesday, July 22, 2014

Tips dan Motivasi Kewangan: Kediaman Berwajah Baru Dengan Kos Minimum

Tips dan Motivasi Kewangan: Kediaman Berwajah Baru Dengan Kos Minimum: Teks: Norzalina Hamzah Imej: Carian Google Pastinya rumah yang cantik, selesa dan mempesonakan menjadi idaman kita. Berikut beberapa car...

Monday, July 7, 2014

'Ramadan Giveaway by WeLoveSusuIbu (Pengedar Shaklee Paling Popular)'

Lama benar tak join GA, jumpa pulak entry GA di bulan ramadhan ni, so..selit-selit sikit..haha. Mana tahu ade rezki..aminnn..JOM JOIN!!

-KLIK BANNER UNTUK JOIN-

Apa Hadiah-hadiahnya?
1-Tempat Pertama: Voucher Tunai Zalora RM150
2-Tempat Kedua: Duit Raya RM40
3-Tempat Ketiga: Duit Raya RM20

Semua peserta akan terima 'Follow' dan dimasukkan ke dalam bloglist http://welovesusuibu.blogspot.com

Tarikh Giveaway:
29 Jun hingga 18 Julai 2014

Pemenang-pemenang akan diumumkan pada 21 Julai 2014

Datuk Yusof Haslam lepaskan 3 Das Tembakan Amaran, Rumah dimasuki Penjenayah


PETALING JAYA: Produser filem Datuk Yusof Haslam melepaskan tiga das tembakan selepas banglo mewahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur dekat sini dipecah masuk dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi Isnin.

Sumber polis berkata, semasa kejadian Yusof, 60, sedang menonton televisyen dan tiba-tiba terdengar jeritan orang gaji di tingkat bawah yang menyebabkan beliau bergegas ke biliknya untuk mengambil pistol.

Ujar sumber itu, Yusof melepaskan satu das tembakan pertama sebagai amaran ke arah tangga rumah dan melepaskan lagi dua das tembakan ke kawasan hutan kerana mengesyaki penjenayah melarikan diri ke arah berkenaan.

Polis berkata, pengadu turut mendapati pintu rumahnya terdapat kesan umpilan manakala bilik di tingkat empat rumahnya itu berselerak akibat digeledah.

Pihak polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan penjenayah berkenaan dan dipercayai tiga orang terlibat dalam kegiatan itu.

Tambah sumber itu, semasa kejadian terdapat seorang pengawal keselamatan sedang bertugas namun dia tidak menyedari kejadiaan tersebut.

Sementara itu, isteri kepada Yusof iaitu Datin Patimah Ismail ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya dengan bantuan polis sedang meneliti rakaman CCTV rumah mereka bagi mengenal pasti ketiga-tiga perompak tersebut.

Banglo mewah Yusof Haslam terletak di lereng bukit.

Bagaimanapun kata Patimah, penjenayah berkenaan sukar dikesan identiti mereka kerana ketika kejadian masing-masing memakai topeng bagi menutup wajah.

"CCTV di rumah berjaya merakamkan kelibat penjenayah sebelum lensa kamera itu dialihkan bagi mengelak di kesan namun keadaan mereka yang bertopeng menyukarkan kami untuk mengesan wajah mereka," katanya.

Patimah turut memberitahu, dua pembantu rumahnya turut dicederakan oleh penjenayah berkenaan ketika kejadian namun bersyukur keadaan mereka selamat.

Bagaimanapun katanya, barangan hantaran perkahwinan anak lelakinya, Syafiq Yusof lesap dan berjaya dibawa lari oleh penjenayah itu.

"Kesemua penjenayah berkenaan mengacukan pisau kepada pembantu rumah saya namun bersyukur mereka tidak diapa-apakan cuma mereka berjaya mencuri barangan milik Syafiq seperti cincin perkahwinan dan jam tangan berjenama," katanya.

Tambah Patimah lagi, tindakan pantas suaminya yang melepaskan beberapa das tembakan amaran kepada penjenayah tersebut berjaya menakutkan mereka namun kesemua perompak itu berjaya melarikan diri.

"Apabila terdengar sahaja jeritan daripada pembantu rumah, suami (Yusof) segera mengambil pistol dan melepaskan tembakan amaran dan mereka melarikan diri," katanya.

Mahu bekerja bantu keluarga, bapa pukul anak sampai mati

TRAGIS!!!

Alor Gajah : Seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari rezeki.

Dalam kejadian menyayat hati di Kampung Jawa, di sini, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan tidak sedarkan diri selepas dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun, petang semalam.

Tragedi itu dikatakan berpunca daripada Muhamad Hafiz yang tidak sampai hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosong setiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar mencari pekerjaan sementara.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kemarahan bapanya yang dipercayai seolah-olah tercabar lalu membelasah anak sulung keluarga itu.

Menurut ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, pertelingkahan antara anak dan suaminya bermula kira-kira jam 5 petang semalam hingga waktu berbuka sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik.

Katanya, dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun dihalang suami yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera.