Thursday, May 29, 2014

SENARAI PRODUK KELUARAN BUMIPUTERA ISLAM (Senarai Terkini)

1. Roti - Gardenia
(Syed Mokhtar Bukhary)

2. Minyak Masak -
Tiara (FGV-FELDA)
SAJI (FGV-FELDA)
ALIF (Sime Darby)
ADELA (FGV-FELDA)

3. Susu Pekat Manis -
SAJI (FGV-FELDA)
ALIF (Sime Darby)

4. Susu Cair -
Saji (FGV-FELDA)

5. Mee Segera -
SajiMee (FGV-FELDA)
ADABI

6. Beras -
FAEZA
Langsat Biru (JUARA SELERA –SG ACEH)
Langsat Hijau (JUARA SELERA)

7. Garam –
HALAGEL (garam bukit)

8. Kicap Masin/Manis -
Kipas Udang
Tamin
ALIF (Sime Darby)
Rohaya
JALEN (Johor)

9. Sos Cili/Tomato/Tiram -
ZUZA (Kedah)
Rohaya
ADABI
Pelangi (FELDA)

10. Cuka Buatan -
Mudim
Rohaya

11. Tepung Gandum -
FAEZA

12. Tepung Perasa/ Goreng -
ADABI (tepun ayam)
ADABI (tepung Cucur Ikan Bilis, jagung, udang)

13. Rempah Masak –
ADABI, Brahim’s, FAEZA, AGROMAS, Imans

14. Kunyit – AGROMAS

15. Jagung Tin manis – ADABI

16. Pasta spaghetti – ADABI

17. Santan Paket – ALIF (Sime darby)

18. Taucu – JALEN, Tamin

19. Jus Pekat Buah2an – Tamin

20. Perasa Ros Sirap – Rohaya, Tamin

21. Mayonis -Mayo Saji (FELDA)

22. Marjerin - Pelangi Delima Oil(FELDA)

23. Sos Tomato Pelangi (FELDA)

24. Jem - Peanut SunBear (FELDA)
Jem Strwaberry – AGROMAS

25. Kopi 3-in-1 -
ADABI - Tongkat Ali Cordyceps (5-in-1)
Kopi HANG TUAH (2-in1, 2-in-1)

26. Biskut Coklat -
GOODKISS (Noraini's Cookies)

27. Frozen Daging Burger/ Nugget -
RAMLY, NAFAS, AYAMAS

28. Sardin Agromas
29. Sardin Pertima
30. Bihun Sufi
31. Mi Kuning Sufi
32. Kuey Teow Sufi
33. Garam Sufi
34. Sos Lada Hitam Sufi
35. Sos Cili/Tomato Sufi
36. Kicap Masin/Manis Sufi
37. Tepung Goreng Sufi
38. Minyak Masak Sufi
39. Telur Cap Sufi
40. Ubat gigi Najwa
41. Ubat gigi Halagel
42. Tepung gandum Cap Bidara
43. Jus minuman Safina
44. Syampoo D'herbs
45. Bihun Kampung
46. Rempah- Imans

JOM URUS KEWANGAN

Perlu tahu wang peribadi perlu diasingkan dengan wang syarikat

-Belajar buat bajet kewangan
-Buat unjuran sasaran yang perlu dicapai
-Buat sasaran bahagian 'gaji' yang perlu diambil dari 'pendapatan syarikat' selepas layak mengambil gaji
-Perlu tahu kos yang terlibat dalam urusan operasi bisnes
-Perlu tahu mana untung mana rugi
-Perlu tahu kesihatan 'kewangan' atau 'akaun' syarikat adalah bisnes semakin untung atau semakin rugi
-Perlu tahu asas keluar masuk wang
-Perlu tahu bahawa rekod aliran wang yang tepat membantu usahawan menjejaki keuntungan yang sepatutnya lebih meningkat dari bulan ke bula

D'Doctor Slim

Masih ada yang mencari dan meragui, Its ok..Hana faham. Sekali lagi Hana post produk ni
Harga :
RM76 / semenanjung
RM80 / sabah/serawak

So far, memang mengenyangkan... apa yang penting tak de side effect pening-pening kepala walau kita tak makan sangat pon... Ni feedback dari customer. Makan pon tak boleh byk... Kalau rajin senaman lg gila laju la turun hokey?? faham?...;)


D'Doctor Slim

Produk kurus terkini yang paling mudah dan berkesan untuk kurus dan langsing.
Kesan yg paling pantas seawal satu minggu sahaja dah ada perubahan yg ketara

Kenapa Dr Slim paling mudah
(√) tak perlu diet
(√) tak perlu bersenam
(√) tak perlu sekat makan
(√) tak perlu kerap ke tandas dan tanpa gangguan perut

Bagaimana Dr Slim bertindak
(√) menahan selera makan
(√) membakar lemak dari dari dalam 
(√) meningkatkan ladar metabolisme badan anda
(√) membuang toksin melalui peluh dan pembuangan air kencing

Dr Slim sesuai dengan anda yang
(√) melebihi berat badan
(√) faktor umur yg berat susah turun
(√) lemak yang sangat degil

Produk ini menjadi pilihan kepada mereka yg inginkan kehidupan yg lebih sihat dan berat yg lebih ideal. 
Tanpa perlu bersusah payah untuk diet yg ketat dan selamat.
Hanya mengandungi herba yg terpilih 100%

Jika berminat pm saya segera..serious buyer only,
Like page Hana dari bagitahu dari blog ok, thanks ;)


Thursday, May 15, 2014

BEAUTIFUL STORY


A very poor man lived with his wife.

One day, his wife, who had very long hair asked him to buy her a comb for her hair to grow well and to be well-groomed.

The man felt very sorry and said no. He explained that he did not even have enough money to fix the strap of his watch he had just broken.

She did not insist on her request.

The man went to work and passed by a watch shop, sold his damaged watch at a low price and went to buy a comb for his wife.

He came home in the evening with the comb in his hand ready to give to his wife.

He was surprised when he saw his wife with a very short hair cut.

She had sold her hair and was holding a new watch band.

Tears flowed simultaneously from their eyes, not for the futility of their actions, but for the reciprocity of their love.

MORAL: To love is nothing, to be loved is something but to love and to be loved by the one you love,that is EVERYTHING. Never take love for granted.

#I LOVE U MY HUBBY, ALWAYS LOVING YOU..THANKS FOR ALL THOSE THING THAT YOU DO JUST FOR ME#

Wednesday, May 14, 2014

Gambar Bercium Che Ta & Zain Pula Jadi Kontroversi

Aha, topik sangat HOT, tapi Hana xnak share gambar pon, korang tengok sendiri la dekat web abg nara beautifulnara huhu

Seperti biasa ada 2 belah pihak yang memberikan komen. Satu pihak mengeluarkan pendapat yang aksi ini tiada apa-apa kerana Che Ta dan Zain adalah suami isteri. Dan satu lagi pihak melahirkan rasa kurang senang kerana adegan bercium ini agak melampau dan seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk kebahagian yang sedang dikecapi. Menarik juga membaca komen-komen yang ditulis oleh para pengikut Instagram Che Ta ini.

POTRET ARTIS

UNTUK DIJUAL


























Thursday, May 8, 2014

MENCERAHKAN KULIT MUKA


Lambakan produk pencerahan kulit begitu banyak di pasaran. Anda juga dijanjikan dengan pencerahan kulit yang segera dan ketara. Tetapi terfikirkah anda tentang keselamatan produk itu terhadap kesihatan anda? Hanya mengamalkan petua lama, anda tidak perlu ragu-ragu dengan proses pembuatan mahupun keselamatan bahan digunakan. Ikuti kaedah mudah untuk cerah dengan bahan-bahan alami ini seperti berikut:

Petua yang pertama, anda boleh parut seketul ubi kayu dan tepekkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Perlu diamalkan setiap malam.

Manakala petua yang kedua, anda boleh menggunakan campuran bahan seperti lobak, kuning telur dan limau. Caranya pula, campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Cuci dengan air tanpa sebarang pembersih muka.

Atau dengan kaedah lainnya yang juga berkesan dan lebih mudah adalah dengan mencampurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.

ALMY & FIZZ BAGAI KISAH DRAMA

Kalau dah jodoh tak kemana, harap korang bahagia hendaknya. Aminnn


Almy Nadia dan Fizz Fairuz selamat diijabkabulkan pada 26 April 2014 di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang 

Sebaik disatukan riak bahagia jelas terpancar di wajah kedua mempelai ini. Saat ditemu bual oleh pihak media, baik Almy ataupun Fizz teruja berbicara tentang apa yang telah mereka lalui.

“Saya sedar selama kami bercinta, saya banyak membuatkan dia menangis. Dia banyak menangis angkara saya. Namun, dia tabah dan kuat menghadapi segalanya. Semakin banyak dugaan yang dilaluinya, dia jadi semakin kuat. Itulah yang membuatkan saya sayang kepadanya,” luah Fizz atau nama penuhnya Mohd Fairuz Zainal Abidin sambil mengimbas kembali kata-kata Almy yang melekat di hatinya.

“Saya masih ingat lagi apa yang Almy katakan kepada saya. Dia kata saya ini seperti berlian. Kesukaan ramai. Apabila saya keluar rumah, saya akan menjadi milik orang ramai. Tetapi itulah kerja saya yang dia kena faham. Dia juga artis dan saya rasa dia faham. Saya tetap akan bersabar dengan apa jua cabaran yang datang,”kata pelakon yang pernah membintangi drama popular Nur Kasih.

Mengakui kata-kata itu ujar Almy, demi sebutir berlian itu dia sanggup mengharungi dugaan yang datang dan juga sabar berdepan ujian yang mendatang. 

“Perkahwinan ini sebenarnya hadiah paling besar yang saya terima pada hari lahir. Kami harungi pelbagai ujian sepanjang bercinta. Paling buat saya terharu, apa jua masalah yang dilalui, dia tetap akan datang kepada saya dan yang penting dia menerima anak saya.

“Kami juga ada persamaan di mana kedua-duanya mudah menangis. Walaupun dia nampak seperti ‘gila-gila’ tetapi dia mudah tersentuh dan menangis. Andainya kami ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, kami akan menangis bersama-sama,” ujar Almy yang mempunyai seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya berusia lima tahun.

Monday, May 5, 2014

ISTERI HUMBAN “KEKASIH GELAP” SUAMI DALAM GAUNG

PERGHH DASYATT!! Agaknyer perempuan kena jadi macam  ni la kalau suami curanng..hehehe


GARA-GARA berang tertipu dengan hubungan sulit, seorang wanita mencampakkan perempuan simpanan suaminya ke dalam gaungsejurus selepas kecurangan itu terbongkar.

Ibu kepada empat anak, Lissette Lupo Mamani dilaporkan mengintip jejak suaminya yang menjalin hubungan terlarang dengan Sandra Bruna Morales, 25.

Rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian menunjukkan bagaimana suami Lissette, Renzo Zanabria Huanca lari lintang-pukang sebaik saja isterinya menyergah mereka di Arequipa, Peru, semalam.

Lissette pula terus membelasah Sandra sebelum mengheret rambut wanita terbabit ke gaung berhampiran. Lissette kemudian menolak Sandra ke situ.

Bagaimanapun Sandra bernasib baik kerana terjatuh hanya setinggi enam meter dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Sandra kemudian dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan ringan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Lissette akan didakwa atas tindakannya itu. Sementara itu ketika ditemui media, Lissette berkata, dia tidak ingat insiden berkenaan kecuali ketika dia menarik rambut kekasih suaminya. Huanca pula mendakwa, dia bertemu Sandra untuk menamatkan hubungan sulit mereka dan mahu kembali kepada Lissette.

TIPS URUS STRESS DENGAN SUPER GEMBIRA

-kita ada 1 anak, belajar dengan ibu yang ada 2 anak
-kita ada 2 anak belajar dengan ibu yang ada 4 anak
-kita ada 3 anak belajar dengan ibu yang ada 6 anak

kita selalu poyo, sibuk, tak ada masa, tak ada itu dan ini, kita sentiasa berada di tahap itu sahaja keraa kira sangat rajin memberi alasan

jadi, berhenti alasan dan kita hijrah ke arah perubahan yang lebih baik setiap hari, poyo maksalamah bagi motibasi pada kaktemah

#ayat di atas adalah status orang kat facebook dan Hana SETUJU 100%

AKAN TETAPI...

Orang zaman sekarang ada yang xleh terima, bermacam-macam dorang bagi alasan, ada yang cakap, "anak kita tak sama dengan anak orang, anak kita aktif sangat, susah nak control, susah nak makan", susah nak tu tu tu tu,...ni ni ni ni...bla bla bla bla....xdengar cakap...bla bla bla...erghhh...feeling annoyed..haha. Betul ke tidak?? saya bercakap berdasarkan pengalaman je, kalau silap harap maaf la yer. So, kita ni nak menjadi lebih baik, harus belajar dari orang yang lebih baik. Itu saje, nasihat orang kena dengar. PEACE!!

Friday, May 2, 2014

TIPS MOTIVASI BEKERJA DARI RUMAH

Buat apa yang kita suka
Sangat mudah untuk meniru orang lain tetapi belum tentu mudah untuk sukses sebagaimana orang lain. Minat cara kerja, kemahuan, tekad, disiplin adalah tidak sama untuk setiap orang. Apabila memilih bekerja dari bisnes dari rumah, tetapkan dengan jelas apa minat, kemahuan, pengalaman dan daya usaha kalian. Anda melihat begitu banyak peluang, mahu direbut tetapi bisnes anda masih kurang berdaya maju berbanding teman pesaing.

Terokai diri sendiri
Apabila membuat penilaian, persediaan bekerja dari rumah faham dan tahu dahulu apa bakat, kemahuan diri dan daya saing paling menyerlah dalam diri kalian. Jika saya diberi peluang untuk menjual insuran belum tentu saya boleh buat, kerana kurangnya pengalaman, pendedahan dan sudah tentunya minat. Minat boleh dipupuk, tetapi pengalaman yang ada dalam diri adalah salah satu cara bagaimana kita mengenalpasti apa ingin dilakukan.

Tidak dapat mendapat pendapatan
Ini isu kritikal kerana tujuan utama berhenti kerja selain kerana imbangan rumah tangga dan kerjaya, anda perlu mensasarkan pendapatan setelah bekerja sendiri. Itulah sebabnya banyak kali saya tekankan, bermula secara sambilan sebelum sepenuh masa. Persediaan kewangan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun adalah menjadi keutamaan sebelum kalian menghantar notis meletak jawatan.

Jangan bazirkan masa
Saya sangat sedih sebenarnya banyak suri rumah yang menyatakan boringnya, tiada ada perkara yang boleh dibuat, masa dibazirkan dengan bermain game di facebook, membiarkan masa tidak terisi. Sangat banyak sebenarnya perkara yang boleh dibuat. Apabila ada suri rumah yang kehilangan momentum begini, perkara pertama yang boleh dibuat adalah memulakan langkah mencatat apa perkara yang perlu diselesaikan dan diuruskans setiap hari. Ke dua mula mencari artikel motivasi yang boleh mencetus kembali semangat dan usaha dari bawah. Ke tiga senaraikan semula apa hobi yang boleh dilakukan yang boleh mengisi masa lapang. Ke empat cari idea kreatif hobi boleh disalurkan menjadi pendapatan tambahan. Tipu jika anda tiada ada, hanya alasan malas sahaja yang membantutkan usaha. Keluarlah dari kepompong zon selesa, masih banyak perkara yang boleh dilakukan.