Wednesday, April 30, 2014

Monday, April 28, 2014

BEKERJA DARI RUMAH

JOM BACA!..HANA share dari fb Kak Masayu Ahmad..suka sangat dia <3

Tip suri bekerja dari rumah
-kita penat
-stres melayan anak-anak
-tak cukup rehat
-letih, risau, kecewa

Rai dan reward
-semua perasaan di atas adalah normal, kerana kita adalah manusia
-cari satu hari untuk rai diri sendiri
-rehat satu hari tanpa gangguan anak-anak dan ahli keluarga
-reward diri dengan urutan terapi
-reward diri denga beli apa yang kita suka, bukan beli apa yang anak-anak suka
-reward diri perkara/hadiah yang paling kita mahu. Penat sudahkerja ada masa perlu bagi hadiah agar prestasi kita meningkat semula
-rehat di spa/resort tidak mahu ada gangguan, cari kolam dan aktiviti untuk anak-anak biar bapa/ayah mereka yang uruskan

Kita sudah rehat dan gembira
-jadikan Allah majikan no.1 jadi tidak ada istilah duka nestapa kerana hanya pada Dia tempat terbaik kita mengadu
-tak payah sibuk mengadu pad amanusa, kerana nanti tidak capai apa yang kita mahukan
-kerja luar biasa
-cemerlang dunia, kaya akhirat

Majlis Pernikahan Fizz Fairuz dan Almy Nadia

Congrats both of you, Fizz and Almy..;)

Setelah lapan tahun menjalinkan hubungan, pasangan pelakon Almy Nadia dan Fizz Fairuz selamat melangsungkan pernikahan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada Sabtu lepas. Pasangan ini pernah putus hubungan namun percintaan mereka terjalin semula. Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan, akhirnya pasangan ini selamat diijabkabulkan dan menjalani hidup sebagai pasangan suami isteri seperti yang diimpikan.









Thursday, April 24, 2014

KUATKAN OTOT PELVIK


Masalah kawalan air kencing yang boleh dialami oleh kebanyakan wanita walaupun anda adalah seorang yang aktif dan gemar bersukan. Lazimnya, wanita berusia sekitar 40 tahun dan ke atas mengalami permasalahan ini.

Para atlit atau aerobic yang melakukan senaman ‘high impact’ turut sering dihantui masalah kawalan air kencing. Ini kerana senaman yang dilakukan membantu menguatkan otot-otot di tubuh dan anggota kaki serta tangan. Malangnya, otot pelvik tidak disenamkan hingga membuatkan ia menjadi lemah.

Jika anda mengalami masalah ini, apa yang boleh dipraktikkan adalah dengan melakukan senaman Kegel. Senaman ini boleh dibuat di mana-mana sahaja setelah anda memahami cara untuk melakukannya. Anda Cuma perlu mengemut bahagian kemaluan seolah-olah menahan air kencing daripada keluar.

Inilah cara mudah untuk melakukan senaman Kegel. Lakukan selama 30 kemutan sehari dan tambah bilangan kemutan setiap minggu. Misalnya dari 30 tambah ke 40 kemutan sehari dan seterusnya. Otot pelvik yang kuat dapat menghalang anda daripada mengalami masalah ‘terkencing’ ini. Jika senaman Kegel gagal membantu, anda perlu mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar sakit puan yang berhampiran.