Tuesday, October 30, 2012

9 Jenis Nama Anak Syaitan, Jom Baca!!!


Umar Al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Dudk di pasar / kedai ~ menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah s.w.t.

3. A' awan
Menghasut Sultan / Raja / Pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan hingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contohnya : disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras)

5. Murrah
Merosak dan melalaikan, orang yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour semetara.

6. Masuud
Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yang keluar daripada kata-kata mulut.

7. Daasim ( BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KERUMAH...)
Duduk dipintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera, dan bermacam lagi keruntuhan dalam rumah tangga.)

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / Matahari