Wednesday, September 26, 2012

~ Guess Who?? ~


Cakkk???..Hhahahahha...guess who??..she's my BFF ;D, sori gambar agak kabur, Act. gambar ni discan..haha. from tahun 2003

Sekolah Kebangsaan Kampung Pek
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1
Politeknik Kota Bharu
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Sape ada kawan macam Hana? angkat tangan!...;D hahahakkk..yezz, she's kawan Hana dari zaman sekolah lagi, and sentiasa jodoh dengannya belajar di tempat yang sama. Hebatnya pertemuan ini. Kawan yang serasi cuma jodoh Hana sampai dulu, dan alhamdulillah, dalam tahun yang sama jugak iaitu tahun 2012, Hana kawin, dia pon bertunang, alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. Kami mengecapi saat2 bahagia yang dinanti-nanti. I.allah tahun depan dia akan bersatu dengan pilihan hatinya ;) Moga dipermudahkan segala perancangan itu, aminnn. Love u Na, forever and everr ;D.

Monday, September 24, 2012

~ Sambal Ikan Bilis ~


Yeayyy...hehe. Makanan tambahan je ni, sesaje tambah lauk. Xtaw nak wat ape, tapi dari tadi terpikir gak nak makan benda ni, so masak je la. sekejap je siap kalo rajin. tapi pedas sikit, Hana guna cili kering yang kecik tu, xsuka tul..terclap beli, tapi xpelah..alang2 da beli, pakai je ;)

Bahan-bahan :
Ikan bilis
1 biji bawang besar di hiris
Cili kering (dikisar)
Bawang merah + putih + besar (dikisar)
Tomato ceri
Asam keping
Garam gula secukup rasa

Friday, September 21, 2012

~ Beirut ~


Hitam, Mutu, Keunggulan..hahahha..macho man..siapa??? Gewe saya..;D



Dulu kat fb ramai komen gambar suami yang ni, tah apa yang menarik xtaw..;b. 


Bergaya gitu, nak join!




;D..Abang?? bkpo xwat balik motor ni?? nak motor niii...hakhakk


Kawan berposing..tengah cari awek, tapi xde sape nak..hahahha..muahahahhaha

~ Labenon ~

Dia PERWIRA Negara, Dia PERWIRA saya (^_^). Jiwa kami sama, Cintakan Negara







~ Umrah ~


Dia, sememangnyer pilihan Hati ini (^_^)...









Tuesday, September 18, 2012

~ Sotong Masak Kunyit ~



Ni masakan tonight actually, xtawla my hubby ni ngidam ke apa, ;b..harini dia duty, sepatutnya xboley balik, tapi gatal nak balik, ngada request nak makan sotong masak kunyit malam ni.hehehhe..sebagai isteri misali Hana masakkanla...taraaaa...special for u tayam..muahahaha (^_^)

Bahan-bahan :
Sotong
Kunyit debu
Bawang putih + merah
Lada merah
Sos tiram
Tomato
Garam ckit



~ Petola Masak Air ~



Ni antara sayur yang Hana masak, simple one..hehehhe..memang mudah dan cepat je sebenarnya. Bukan malas tapi xde idea nak masak apa. Ini yang ada dalam peti, main sambar je..hehehe. Biasa sayur-sayur lain pon Hana akan goreng sayur campur, macam-macam campur..nak habiskan punya pasal. Janji perut kenyanggg..iyo dak?? Muahahahhaha

Bahan-bahan :
Petola
Air
Bawang merah
Bawang putih
Ikan Bilis
Garam secukup rasa

~ Ikan Singgang ~


Bahan-bahan :
Ikan Aya
Bawang merah + putih
Lengkuas
Sedikit Kunyit hidup
Asam keping
Cili api
Air
Garam secukup rasa



~ Ikan Kembung Masak Pedas ~


Bahan-Bahan :
Ikan Kembung (digoreng)
Cili Merah
Bawang merah
Bawang besar
Air asam jawa
sos tomato
gula/garam secukup rasa
Tomato



~ Ketam Masak Lemak ~



First time masak ketam masak lomakkk nii.hihihi ;D, semata-mata untuk si suami tercintAaAaa..haaa mekasih cepat?? hehehe ;) boleylaa kan, pekat ckit, kaw2 punya. Best sangat, tak sangka plak aku bleh masak ni. Sebelum dapat masak ni, punya main berperang lagi suami Hana dengan si ketam ni. Ni bukan ketam beli taw, ni hasil carian si suami misali kat pantai mana tahla..hehe. Dia yang nak sangat makan, Hana tolong masakkan aje...berselera je dia makan. So, boley la tu..hehehehehe..

Bahan-bahan:
Ketam
Bawang Merah
Bawang Putih
Serai
Cili boh ( Hana buh ckit je sbb xmkn pedas sgt)
Santan
Daun Kunyit
Kunyit Hidup
Asam Keping
Garam, Gula (ckit), serbuk perasa (ckit)

Dalam masakan Hana, memang Hana dah biasakan diri xguna pon ajinomoto, dalam serbuk perasa tu memang ada jugak kan, tapi xdirect guna la. Petua Mak mertua Hana, blender je ikan bilis kalau nak perasakan makanan yang kita masak.. ;)

Saturday, September 15, 2012

~ Filem hina Rasulullah S.A.W ~


Astaghfirullah...Ya Allah, apa dah jadi??? Saya sendiri dah tonton filem pendek ni kat youtube. Kenapa sampai macam ni sekali orang kafir menghina nabi? menghina islam? Ya Allah, macam-macam dunia akhir zaman ni. Kenapa mereka yang tidak bertanggungjawab ni sanggup mereka-mereka cerita tentang nabi kita? sedihh hati ini bila tengok sendiri sampai habis di youtube. Saya dapat tahu filem ni dari bulan julai lagi di upload di youtube, dan sekarang ia benar-benar tersebar luas. Mohon dibuang filem ni, tak sanggup ditonton kali kedua, dan tak sanggup Nabi yang kita agungkan dihina sebegitu rupa. Celakalah mereka yang membikin filem ni. Dengan pelakon-pelakon nyer sekali. Moga mereka diberi petunjuk. Benci sangatkah mereka dengan Islam?? Tidak sedarkah mereka kita Agama yang benar?, tidak pernah kita menghina agama lain, tapi begini sekali mereka menghina kita. Taubatlah wahai manusia...

Wednesday, September 12, 2012

~ Sweet Memories with My Hubby ~


Cinta yang halal lagi suci itu hanya untuk orang yang menghargai cinta disisi mereka


Di hadapan Hotel, ni kat puncak Tanah Rata Cameron Highland, setingg 1400m dari aras laut..perghhh memang sejuk bangat




Hehe, hari pertama sampai, pekena desert je dulu, kat Tanah Rata kot tempat ni, xingat, ada satu cafe exclusive tepi jalan. Best gak ;D


Hari jenjalan sedunia dengan kekasih saya (^_^)..haha, macam xde cara lain nak posing abg nih!


Kenangan di Kedai Strawberi



Haaaa...hehehe..suka sangat dapat petik strawberi! Yess!! impian tercapai!..ahaks..cari jangan xcari. Ni kat Brinchang, Hand pick punya ladang strawberi. Banyak gilerrrr...tapi kat cni, dia ada tempat yang boleh petik and yang xboleh petik. Bila u cakap nak petik sendiri strawberi ni dia akan bawa u kat yang dah disediakan.


Ni bukan curi-curi makan taw, memang boley makan punya,,;D hehehe, tapi xleh banyak la. Dia cakap sebiji je, tapi kitaorang dah makan berbijik-bijik..hahaha. Orang lain yang petik pon makannn aje..


Operasi mencari masih diteruskan, cari yang saiznya besar-besar 


Giliran dia pulak. Amboiii muncunggg..hehehhe, bersungguh-sungguh! Tapi memang patut pon, dia memang suka sangat strawberi..Abang makan banyakkkkkkk!!


suka yer??? nanti kita g lagi eh?? yeayyy!! hahaha


Taman Bungaaaaaa....cantikk bangat sehh!!, sempat jugak la Hana bawak balik bunga ros, daisy, satu lagi apa tah xtaw nama. Beli pokok lada and pokok halau nyamuk ;b


Mekasih Sayang, suami misalii ;D..muahhhss, suka3 dapat beli strawberi manyak3..Ni kat tempat bayar strawberi yang kita dah kutip tadi. And yang dah dipetik pon ada kat cni, kalo malas nk petik beli je cni.


Kat cni jugak ada strawberi coklat, yang kita selalu duk dengar-dengar tu, sebenarnya strawberi tu dia taruk garam and coklat cair. ;) Best! Sedap je. Berselera En Hubby makan


Aummmmmm!!! manja-manja la plakkkk ;D hakhakk..bia ahh, tima kasih abg


Ini kat cafe BOH...satu-satunya tempat penanaman Tea Boh di Malaysia, ni kat cafe dia, macam jenis tea you allz leh rasa, aritu kami rasa green tea, best la jugak ;), and banyak jugak memborong tea bawak balik umah


Insyaallah sayang, kebahagiaan yang kita kecapi hari ini akan berkekalan sampai akhir hayat, selagi nyawa dikandung badan. Bersama-sama kita harungi kehidupan ini dengan sabar. Ayang menghargai setiap pengorbanan yang abang lakukan dan untuk rumahtangga kita. Dan insyaallah, sama-sama kita membahagiakan satu sama lain. ;), Ayang mencari syurga dari seorang suami dengan hati yang tulus. Tiada kata yang dapat diungkapkan, cuma hanya mampu bersyukur dengan ikatan yang penuh suci ini.

Tuesday, September 11, 2012

~ 15 Tanda-tanda Awal Kehamilan ~

1. Payudara membengkak / terasa sakit 
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.

2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.

4. Lebih sensitif terhadap bauan
Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.

5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.

6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

7. Sakit kepala Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen.

8. Sakit punggung
Sakit punggung yang dirasakan saat hamil dikarenakan beberapa ligamen di punggung Anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus berasa saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.

9. Kram
Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda.

10. Ngidam
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil.

11. Peningkatan temperatur tubuh
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi.

12. Bau Badan
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

13. Pusing atau pingsan Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh.

14. Munculnya darah Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.

15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan
Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

Monday, September 10, 2012

~ Outdoors ~



Haaa....saya dah jadi isteri Mohd Ishak, betul ke x ni?? eh eh eh?? hehehhe...xmimpi pown..betul la. Muahhaahahhaaha...saya sayang dia, siyesly (^_^). Terima kasih Tuhan, kurniakan saya lelaki terbaik untuk dijadikan suami.


Posing ckettt, haaa, simple gaun. Cun la tu...xpe puji diri sendiri ;) xde sape nk marah. Suami saya selalu puji je, kan kan kannn...;) mekasih sayang


Pasangan serasi, Encik Mohd Ishak dan Puan Farahana




Sayang, hari indah ini bukan satu hari, tapi selama-lamanya. Janji bukan sekadar janji, saat-saat rumahtangga yang kita lalui nanti pasti penuh dugaan dan cabaran. Senyumlah, biar segala kesusahan yang dilalui pasti ditangani dengan tenang. Doakan yang indah setiap detik masa yang kita lalui bersama. Syukur kerana bahagia itu milik kita dan akan setiasa menjadi milik kita. Biarpun ada mata yang tidak senang, asalkan hidup kita tidak pernah tergugat dengan segala halangan-halangan itu.






LOVE YOU (^_^)