Tuesday, July 10, 2012

~ Nasihat Untuk Kaum Hawa ~


  • Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
  • Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  • Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  • Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  • Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
  • Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur.
  • Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
  • Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  • Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  • Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
  • Monday, July 9, 2012

    ~ Penemuan Keunikan Buah Timun ~

    Salam 1 Malaysia (^_^)..hai allz, harini hana ada terbaca sesuatu di internet, ianya agak menarik and hana nak share dengan pembaca semua. "Timun Jepun"...haaaaaa, pernah dengar? kalau timun, of coz la kita semua tahu kan? hahaha...actually, ia sebenarnya timun jugak cuma berada di negara jepun. So dipanggil timun jepun. Apa yang menarik tentang timun tu?? mesti semua tertanya-tanya...sebenarnya penjualan timun di sana kurang memberansangkan, bukan macam tempat kita, boleh dijadikan ulam and so on kan...hahhaha,    tetapi oleh kerana penanaman timun di negara tu kurang memberangsangkan, so orang2 jepun ni ambik inisiatif kreatif keatas timun ni supaya jualan mereka mendapat sambutan ramai...apa dorang buat??? jom layan picture kat bawah....

    Proses 1 : Timun yg bru bercambah dan masih bersaiz kecil dimasukkan ke dalam tiup palstik 


    Proses 2 : Memastikan tiup plastik tersebut benar-benar padan dengan saiz timun yang baru bercambah, agar tidak terlalu padat atau terlalu banyak ruang yang berlebihan yg akan menyebabkan ianya longgar, agar mudah untuk tiup ini kekal bersama timun tersebut sepanjang tempoh pematangan.


     Lastly...JENG JENG JENGGGGGG....TERHASILLAHHHH....
    Timun yang berwajah baru dan nampak lebih menarik, WALAUPONN...rasanya tetap sama, hehehe. And sekarang permintaan terhadap timun ni di pasaran jepun sekarang kian meningkat. Hebat kan?, Negara Jepun memang kita dah sedia maklum adalah sebuah negara yang jauh lebih maju daripada Malaysia. Tengoklah?? orangnya pon begitu kreatif pemikirannya. So, kita rakyat Malaysia pon boleh buat semua ni sebenarnya, sbb kita punya akal fikiran yang sama, cuma kita belum sampai tahap seperti mereka. Apa-apa pun, penghasilan bentuk baru buah timun ni sungguh unik. Menarik sangat kannn??? kan ?...(^_^)

    Saturday, July 7, 2012

    ~ Ratu Rock Malaysia Nikah ~

    Ella Nikah (^_^)...Congrats Ella...



    Ini dia Ella dan bakal suaminya...dan hari ni 7 julai 2012 sah sebagai suami isteri, congrats ELLA, juara mentor...hehe..meletoppp!!


    Nampak macam ala-ala pakistan da Ella ni di malam berinai..hehhe,
    kawin lewat pon nampak still awekssss muda, cooollllll...;)

    ~ DS Hishammuddin ~


    Perghhh terbaikkk....ingat senang ke nak ambik picture ni?? Ini dia DS Hishammuddin, Hebatlah dato', first time dapat shoot terus real macm ni..Hana tangkap sndiri gambar ni masa gi MAEPS, serdang. Berebut2 para cameraman, diselit2 dengan geng2 unit media rela, jpam, imegresin, polis dll..hadoiiii...sabor jelaaa.. tapi berjaya ambik gambar DS jugak, byk gambar lain lagi, tapi tergerak hati hana nk tunjuk gambar ni kat u allz, hasil hana sendiri first time laksanakan tugas unit media. Banyak sangat gmbar lain2 lagi, tp ini yang paling hana suka. Masa ni DS baru je sampai untuk upacara perasmian Skuad Muda KDN..terbaikkk!!

    ~ Picture Pertunangan Hana ~


    8 JUN 2012, JUMAAT - Pertunangan Hana dgn Mr.Right


    Terkotar-kotar tangan..hahaha..ngokngek, wat malu je. Bakal Mak mertua hana sarungkan cincin pertunangan kami.


    Steady je..haha, aiii mcm da biasa je bang??..Pak Long Hana sarungkan cincin untuk tunang Hana.


    Sah sebagai TUNANGAN orang...hope ALLAH merestui dan memberkati kami, dan majlis perkahwinan akan berlangsung 21 Ogos 2012, Hari raya KE-3