Saturday, May 5, 2012

~ Cara Memotong Kuku Ikut Sunnah ~


Hari Memotong Kuku & Hikmahnya...

HARI SABTU:
-Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk   kepadanya penyakit.

HARI AHAD:
-Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan.

HARI ISNIN:
-Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat.

HARI SELASA:
-Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit.

HARI RABU:
-Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

HARI KHAMIS:
-Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

HARI JUMAAT:
-Nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada ALLAH s.w.t.

~ Pernikahan Scha dan Awal ~

First of all, Congratulations dan Selamat Pengantin Baru kepada Awal Ashaari dan Scha Al Yahya kerana telah selamat diijab kabulkan di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside sekita jam 9.15 malam, Tahniah!


Majlis akad nikah telah disempurnakan oleh bapa Scha sendiri, iaitu Syed Mahadzir Syed Kechik Al Yahya yang juga merangkap sebagai pemberi akad nikah dan wali dengan dibantu oleh Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Jawi Putrajaya, Ustaz Mohd Salman Idrus


Scha menerima mas kahwin sebanyak RM2050 dan juga hantaran sebanyak tujuh dulang dan dibalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.


Turut diserikan dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah mempelai termasuk rakan-rakan artis. Cantik Scha, suka tengok baju putih yang dia pakai masa ni, bersih dan ayu je nampak, mungkin ada yang komen tentang jambul Scha yang nampak serabai, tapi xpelah, dia tetap nampak simple dan cantik.



Thursday, May 3, 2012

AL-Fatihah...untuk Bob Kuman

Salam Takziah kepada seorang pelakon tanah air kerana telah kembali kerahmatullah petang tadi..AL-Fatihah untuk arwah Bob Kuman....Bila mendengar khabar kematian..hana pasti terkenang arwah Abah dan jua ahali keluarga yang telah pergi..




Semoga rohnya tenang disana dan ditempatkan bersama-sama orang2 yang beriman...