Showing posts with label Gozzip. Show all posts
Showing posts with label Gozzip. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

Hans Isaac Terkejut Neelofa Keluar Kenyataan


Walaupun tidak pernah mengumumkan bahawa mereka menjalinkan hubungan cinta, namun semua pihak pasti sudah sedia maklum mengenai keakraban antara Hans Isaac dan Neelofa. Baru-baru ini Neelofa telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan hubungannya dengan Hans telah putus ditengah jalan yang mana tindakan tersebut telah mengejutkan Hans.

“Saya mengakui terkejut apabila dia mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan kami kerana kami berdua telah mencapai kata sepakat untuk tidak membuka mulut mengenai hal ini. Saya mengendalikan beberapa syarikat dalam bidang korporat jadi saya tidak mahu dikaitkan dengan perkara sebegini yang mana ia tidak memberikan imej yang begitu baik kepada syarikat saya.

Kami masih lagi berkomunikasi dan berkawan serta masih ada rasa sayang itu pada dia sebagai sahabat. Apa yang boleh saya katakana adalah wang sama sekali tidak menjamin kegembiraan kerana walaupun kini saya ada segalanya tetapi kadang kala timbul rasa kesunyian itu,” ujar Hans ketika ditemui di majls sidang media Supermokh Restaging di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Hans, dia cuba untuk memenuhkan jadual hariannya bagi memastikan dia tidak memikirkan perihal peribadinya. Bagi Hans, dia bukannya muda untuk terlalu menghebahkan kisah cintanya kepada umum sebaliknya mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri.

“Bagi saya jika saya ‘down’ maka saya akan penuhkan masa saya dengan kerja serta aktiviti. Bagi saya lebih baik berdiam diri kerana dengan usia saya sekarang ini tidak sewajarnya berperangai seperti budak-budak untuk mengwar-warkan kisah cinta saya. Malah sejak dulu lagi saya tidak suka untuk bercakap mengenai perihal peribadi saya,” ujar Hans.

Dalam perkembangan terkini, Hans berkongsi yang dia begitu teruja dengan teater Supermokh yang dipentaskan buat kali kedua di pentas berprestij Istana Budaya. Masih mengekalkan plot yang sama, Hans berharap agar orang ramai berpeluang untuk menonton teater yang berlatarkan lagenda bola sepak negara ini.

“Walaupun jalan cerita sama namun saya dan Harith Iskander cuba untuk mencipta kelainan agar teater Supermokh kali ini menjadi lebih baik berbanding sebelumnya. Malah kami juga mempergiatkan promosi agar orang ramai tahu mengenai teater ini yang mana ramai yang tidak mengetahui kewujudan teater Supermokh sebelum ini.

Selain menambah beberapa lagu baru, kami juga turut menambahkan kreativiti menerusi tarian yang melibatkan LED. Walaupun teraju utama iaitu Awie turut terlibat dengan masalah peribadi namun kami tidak memandang dari sudut itu sebaliknya fokus kepada bakat yang ada padanya,” ujar Hans mengakhiri perbualan.

Friday, August 22, 2014

Kunjungan pertama Kajol ke Malaysia

Pelakon Kuch Kuch Hota Hai, Dilwale Dulhania Le Jayenge dan Kabhi Kushi Kabhi Gham itu datang ke sini tanpa kehadiran suaminya, aktor Ajay Devgan. 

Ini adalah kunjungan pertama Kajol ke negara ini.


Filem terakhir lakonan aktres itu ialah My Name Is Khan (2010) dan dia akan berlakon dalam filem terbaru arahan Rohit Shetty bersama Shah Rukh Khan dan sebuah lagi filem terbitan suaminya dengan membawakan watak isteri mafia.

Pada majlis pelancaran saluran baru 251 di sebuah hotel di ibu kota itu, jemputan dihiburkan dengan persembahan lagu popular yang dimuatkan dalam filem lakonan aktres terbabit.

Friday, August 15, 2014

Perkembangan Mazidul Akmal Sidek


Baru baru ini, Mazidul Akmal dilaporkan koma di hospital kerana stroke. Terkini keadaan Mazidul Akmal Sidek, masih tidak berubah. 

Menurut sumber separuh daripada tempurung kepala dah dibuang. Mungkin sebahagian daripada proses rawatan. 

Sebelum ini,ramai yang memberikan komen negatif dan mungkin ada yang terguris mahupun menyakitkan hati sesetengah pihak namun, sebagai saudara seagama, mari kita doakan semoga dia cepat sembuh. Dunia itu berputar. Hari ni mungkin giliran dia. Esok lusa mungkin kita. 

Semoga Mazidul cepat pulih.

Kalau Izreen Bercinta Sekalipun, Itu Adalah Hak Peribadi Dia – Bekas Suami

Nampaknya berita keakraban serta kerapatan hubungan Izreen Azminda dan Amar Baharin tidak memberi sebarang kesan kepada bekas suaminya, Muhammad Riza. Ini kerana bagi Riza, itu adalah hal peribadi bekas isterinya dan tiada kaitan dengan dirinya selepas mereka ambil keputusan untuk bercerai. Senang cerita, suka hatilah Izreen nak bercinta ke nak buat apa-apa, Riza enggan ambil tahu.


Kata Riza menerusi Mstar Online:-

Saya sedikit pun tidak tertekan dengan berita-berita yang keluar itu kerana kami sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Kalau dia bercinta sekalipun itu adalah hak peribadi dan terpulang kepada dia untuk menentukan kehidupannya.

Perceraian kami mungkin sudah ditetapkan oleh Allah, kalau disebabkan orang ketiga sekalipun saya reda. Apa-apa pun alasan perceraian ini pasti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku, saya doakan yang terbaik buat dia


Nampak gayanya macam tiada harapan untuk mereka berdua rujuk kembali. Apa pun hubungan anda berdua haruslah diteruskan walaupun tidak lagi dan tidak akan bergelar suami isteri kembali. Ini kerana anak hasil perkongsian hidup Riza dan Izreen pastinya memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu. Semoga di akhir nanti, Riza dan Izreen akan bertemu kebahagiaan yang dicari. Sama-samalah kita doakan.

# Hana masih tak puas hati dengan drama Kerana Terpaksa Aku Relakan..hahaha...please la akhirkan cerita dengan lebih baik. Mungkin ada Kerana Terpaksa Aku Relakan 2 ke?? nakkkkkkkk...best sangat cerita tu...

Fiza Kongsi Kisah Rujuk Dirinya Dan Adam Di Kala Sahur

Bagus juga Fiza sudi berkongsi mengenai kisah rujuknya dengan Adam kepada orang ramai. Iyerlah,sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Menariknya mereka berdua telah pun kembali bergelar suami isteri pada bulan Ramadhan lalu ketika bersahur. Mesti Fiza rasa sangat terharu.


Kata Fiza:-

Tiba-tiba masa sahur itu dia lafazkan mahu rujuk seula. Mengalir juga air mata saya sebab tak sangka langsung. Alhamdulillah mulai dari detik itu, kami kembali bergelar sebagai suami isteri. Syukur Allah mendengar doa saya dan peminat.

Saya dapat lihat dia masih sayangkan saya daripada perbuatan dan caranya jadi bila dia bertanya (rujuk), saya tak fikir panjang sebab benda baik buat apa tunggu lama-lama.

Kalau nak kata kehidupan berubah daripada dulu tak ada sangat. Cuma masing-masing sudah baiki kesalahan diri sendiri. Ia mengajar kami agar lebih berhati-hati dalam kata-kata dan tingkah laku.

Paling penting, kami kena lebih banyak bersabar. Saya akui kehidupan lebih seperti lengkap semula. Dulu bila tak ada suami macam patah kaki sebelah juga rasanya.

Memanglah kita boleh hidup sendiri tapi bila bersuami ini rasanya lain sikit dan lebih baik sebenarnya.


Semoga kata-kata Fiza ini dijadikan panduan buat kita semua yang sedang mengharungi alam rumah tangga. Selalu bawa berbincang. Jangan pendam perasaan lama-lama. Insya Allah kekal bahagia buat selamanya.

Wednesday, May 14, 2014

Gambar Bercium Che Ta & Zain Pula Jadi Kontroversi

Aha, topik sangat HOT, tapi Hana xnak share gambar pon, korang tengok sendiri la dekat web abg nara beautifulnara huhu

Seperti biasa ada 2 belah pihak yang memberikan komen. Satu pihak mengeluarkan pendapat yang aksi ini tiada apa-apa kerana Che Ta dan Zain adalah suami isteri. Dan satu lagi pihak melahirkan rasa kurang senang kerana adegan bercium ini agak melampau dan seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk kebahagian yang sedang dikecapi. Menarik juga membaca komen-komen yang ditulis oleh para pengikut Instagram Che Ta ini.

Thursday, May 8, 2014

ALMY & FIZZ BAGAI KISAH DRAMA

Kalau dah jodoh tak kemana, harap korang bahagia hendaknya. Aminnn


Almy Nadia dan Fizz Fairuz selamat diijabkabulkan pada 26 April 2014 di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang 

Sebaik disatukan riak bahagia jelas terpancar di wajah kedua mempelai ini. Saat ditemu bual oleh pihak media, baik Almy ataupun Fizz teruja berbicara tentang apa yang telah mereka lalui.

“Saya sedar selama kami bercinta, saya banyak membuatkan dia menangis. Dia banyak menangis angkara saya. Namun, dia tabah dan kuat menghadapi segalanya. Semakin banyak dugaan yang dilaluinya, dia jadi semakin kuat. Itulah yang membuatkan saya sayang kepadanya,” luah Fizz atau nama penuhnya Mohd Fairuz Zainal Abidin sambil mengimbas kembali kata-kata Almy yang melekat di hatinya.

“Saya masih ingat lagi apa yang Almy katakan kepada saya. Dia kata saya ini seperti berlian. Kesukaan ramai. Apabila saya keluar rumah, saya akan menjadi milik orang ramai. Tetapi itulah kerja saya yang dia kena faham. Dia juga artis dan saya rasa dia faham. Saya tetap akan bersabar dengan apa jua cabaran yang datang,”kata pelakon yang pernah membintangi drama popular Nur Kasih.

Mengakui kata-kata itu ujar Almy, demi sebutir berlian itu dia sanggup mengharungi dugaan yang datang dan juga sabar berdepan ujian yang mendatang. 

“Perkahwinan ini sebenarnya hadiah paling besar yang saya terima pada hari lahir. Kami harungi pelbagai ujian sepanjang bercinta. Paling buat saya terharu, apa jua masalah yang dilalui, dia tetap akan datang kepada saya dan yang penting dia menerima anak saya.

“Kami juga ada persamaan di mana kedua-duanya mudah menangis. Walaupun dia nampak seperti ‘gila-gila’ tetapi dia mudah tersentuh dan menangis. Andainya kami ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, kami akan menangis bersama-sama,” ujar Almy yang mempunyai seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya berusia lima tahun.

Monday, April 28, 2014

Majlis Pernikahan Fizz Fairuz dan Almy Nadia

Congrats both of you, Fizz and Almy..;)

Setelah lapan tahun menjalinkan hubungan, pasangan pelakon Almy Nadia dan Fizz Fairuz selamat melangsungkan pernikahan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada Sabtu lepas. Pasangan ini pernah putus hubungan namun percintaan mereka terjalin semula. Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan, akhirnya pasangan ini selamat diijabkabulkan dan menjalani hidup sebagai pasangan suami isteri seperti yang diimpikan.









Wednesday, March 12, 2014

Kehilangan MH370 : Komen Artis Yang Pernah Bertugas di Awan Biru

Misteri kehilangan pesawat MH370 menimbulkan banyak tanda tanya serta spekulasi daripada ramai pihak. Pihak GUA turut mendapatkan komen beberapa selebriti yang pernah berkhidmat di awan biru berhubung isu terkini yang mengundang kesedihan serta kerisauan rakyat Malaysia.

Sherry Ibrahim

Pernah berkhidmat sebagai pramugari selama tujuh tahun setengah untuk Qatar Airlines dan Malaysian Airlines, Sherry berpendapat misteri kehilangan pesawat MH 370 begitu mengejutkan. Sherry berharap agar rakyat Malaysia tidak membuat sebarang spekulasi dan mengharapkan yang terbaik untuk semua penumpang serta krew dalam pesawat tersebut.

“Kehilangan pesawat MH370 menimbulkan tanda tanya kerana tiada sebarang tanda yang boleh memberikan petunjuk, namun kita tidak seharusnya berhenti berharap dan mendoakan yang terbaik kepada semua penumpang serta krew pesawat tersebut.

Sebagai krew, kita bekerja sebagai satu kumpulan dan jika apa-apa terjadi mampu memberikan impak kepada kita. Salah seorang krew bagi pesawat MH370 iaitu Mohd Hazrin Mohamed Hasnan adalah kawan saya dan kali terakhir saya terserempak dengannya bersama keluarganya,” ujar Sherry.

Amy Mastura

Tidak pernah menghadapi saat genting sepanjang lima tahun berkhidmat sebagai pramugari Malaysian Airlines, Amy Mastura percaya semua krew bersedia untuk menghadapi sebarang kecemasan ketika terbang di awan biru.

“Saya percaya mereka cukup sedia untuk menghadapi saat kecemasan, namun warga krew juga turut diberi taklimat sebelum terbang untuk bersedia dengan perkara di luar dugaan serta sebarang kecemasan.

Besar kemungkinan tak dapat berbuat apa-apa walaupun telah dilatih. Jika ada pilihan, saya pasti mereka telah melakukan yang terbaik. Namun, itu tidak bermakna mereka tidak selamat kerana masih ada harapan. Kita hanya mampu mendoakan yang terbaik buat penumpang pesawat MH370,” katanya.

Raja Ilya

Pelakon ini begitu terkejut dengan berita kehilangan pesawat MH370 kerana hampir semua anak kapal dalam pesawat tersebut merupakan temannya. Raja Ilya yang pernah berkhidmat selama lima tahun dengan MAS, tidak menolak kemungkinan pesawat tersebut dirampas.

Malah, jauh di sudut hatinya, Raja Ilya yakin pesawat tersebut tidak meletup mahupun terhempas dan berharap kesemua penumpang dan anak kapal ditemui dan pulang dengan selamat.

“Saya sangat terkejut sehinggakan saya tak mampu pergi kerja pada hari pertama kehilangan pesawat tersebut. Dalam MAS, kami amalkan semangat ‘One Big Family’ di mana kesemua krew merupakan rakan baik. Saya berharap mereka pulang dengan selamat sebab saya yakin pesawat tersebut tidak terhempas mahupun meletup,” katanya.

Nazim Othman

Bagi Nazim pula, dia berharap pesawat tersebut dijumpai walau apa jua kemungkinan yang berlaku pada pesawat tersebut. Sebagai salah seorang bekas pramugara, Nazim meminta masyarakat menghentikan spekulasi tentang pesawat MH370 kerana ia menyukarkan pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka.

“Saya pernah berkhidmat dengan MAS selama lima tahun dan sepanjang kerjaya saya sebagai pramugara, tiada peristiwa yang begitu menakutkan terjadi kepada saya. Kes ini sangat jarang berlaku dan saya harap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi dan menyukarkan proses mencari MH370. Sama ada terhempas atau selamat, saya harap pesawat ini dijumpai dan kes ini selesai dan tidak tergantung,” kongsi Nazim.

Monday, March 10, 2014

Majlis Pernikahan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana


Pengarah filem dan pelakon Syamsul Yusof dan pelakon cantik Puteri Sarah Liyana telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara pada pukul 10.30 pagi tadi.

Keduanya memakai pakaian bertemakan warna putih dan diserikan lagi dengan kehadiran keluarga dan teman rapat.

#TAHNIAH#

Thursday, March 6, 2014

Isteri 'R' tunjuk bukti Hanez Suraya, suaminya pergi bercuti

Hmm, adatla kan..manusia bila dah senang, yang disisi pon dipinggirkan. Tapi tak semua orang macam tu, sesetengah yang tak reti nak menilai dan menghargai insan tersayang macam ni la jadinya. Kalau kita duduk di tempat Liyana pon kita rasa tercabar macam ni jugak kan. Artis-artis...kalau bukan orang senang, takdenya dorang nak pandang. Hidup dorang demand..tak kan nak kawin dengan orang keje kilang kot??hakhakhakkk...opss..sori,jangan marah yer peminat Hanez...

Isteri kepada kekasih pelakon Hanez Suraya yang dikenali dengan R, Liyana Manan tampil menyangkal kenyataan aktres itu yang mengatakan suaminya duda kerana sehingga kini tiada surat cerai yang diterimanya.

"Saya nak tanya bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai? Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu sedangkan saya masih isteri R yang sah," katanya kepada Berita Harian.

Jelas Liyana lagi, dia juga mempunyai bukti percutian mereka di Bangkok, Thailand ketika menyambut hari jadi suaminya.

"Teman baik saya terkejut dan bertanya kepada saya. Dia melihat saya dan suami okey, tetapi tidak tahu kisah sebaliknya. Di situlah saya mula tahu suami menjalinkan hubungan dengan Hane. Tidak lama selepas itu saya mendapat bukti gambar mesra dan percutian mereka.

"Sebelum ini saya mendiamkan diri tapi saya juga manusia. Walaupun hati saya terluka, tapi saya bukan wanita yang tidak bermaruah."

Tegas Liyana, dia juga menafikan dirinya membuat fitnah seperti yang didakwa oleh bintang drama "Autumn Dihatiku" itu.

"Kalau saya nak menyebarkan cerita, saya boleh buat sejak tahun lalu tapi saya ambil langkah berdiam diri. Saya ada bukti dari awal lagi.

"Saya buat kenyataan ini kerana wartawan mencari saya, bukan saya cari wartawan. Saya rasa sudah sampai masanya saya bercerita hal sebenar daripada masyarakat terus mendengar pembohongan Hanez.

"Dulu saya dan suami bermula dari bawah dalam mengusahakan syarikat pembinaan bersama. Susah senang kami bersama. Tapi adatlah manusia apabila sudah kaya-raya, saya dicampak ke tepi. Saya berhenti kerja dan meninggalkan apa yang diusahakan bersama."

Dalam pada itu, Liyana turut memberitahu bahawa sejak dia tidak tinggal sebumbung dengan suaminya, suaminya juga sudah memberi nafkah kepada anak sehingga dia terpaksa bekerja untuk menyara anak.

Pada masa sama, Liyana turut menyuarakan rasa kecewanya apabila diperlakukan seperti patung bernyawa.

"Apa perasaan Hanez jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri, saya diperlakukan seperti patung bernyawa. Mungkin ini hari saya esok lusa mungkin giliran anda pula. Saya tidak minta jadi begini, jadi tolonglah hormat perasaan saya selagi saya masih bergelar isteri R."

Wednesday, March 5, 2014

Che Ta, Zain Saidin bakal timang cahaya mata?

Ehem-ehem..assalamualaikum, ;) morning...selamat bekerja selamat bergosip..opss..tetiba pepagi ni saje nak sebokkk pasal orang kan. haha..Ni ha, terbaca pulak pasal Cik Ta ni..kalau betul la alhamdulillah, dah rezeki..;)

Suami kepada pelakon jelita Rozita Che Wan, Zain Saidin meluahkan perasaan gembiranya apabila mendapat tahu bahawa isterinya itu berkemungkinan besar sudah mengandung.

"Mungkin Rozita mengandung. Tapi kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada orang baru akan sertai kami sekeluarga atau tidak.

"Tetapi jika benar, kiranya berita itu satu hadiah buat saya dan semestinya isteri," katanya kepada mStar.

Pelakon siri televisyen popular "Oh My English!" itu berkata, kini dia tidak sabar menunggu keputusan daripada doktor samada dia bakal bergelar ayah atau tidak.

"Masih terlalu awal lagi. Nanti saya beritahu jika keputusannya positif. Doakan kami."

Jika Rozita disahkan mengandung ini merupakan anak pertama buat Zain dan ketiga buat Rozita di mana sebelum ini hasil perkahwinannya terdahulu dia mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

Pasangan ini diijabkabulkan pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

#sumberyahoo#