Wednesday, October 1, 2014

#cabaran30hari #Hari ke-31 : Apa Yang Anda Dapat Dengan Berblog

SOALAN KE-31

#Hari ke-31 : Apa Yang Anda Dapat Dengan Berblog

Alhamdulillah, pertamanya bersyukur kehadrat ilahi kerana dapat juga habiskan cabaran 30 hari dari kelab blogger Ben Ashaari ni. Thanks Abang Ben kerana buat segmen macam ni.

Apa yang Hana dapat dengan berblog ialah pertamanya kepuasan. Kepuasan dalam menulis, kerana semuanya boleh dikongsi dengan semua orang walaupun kita tak kenal siapa pun. Namun begitu, perlu hati-hati juga kerana kita tak tahu siapa pembacanya. Risau juga kalau maklumat peribadi terdedah dan mendatangkan aib kepada diri sendiri.


Sejak segmen dari Abang Ben ni, alhamdulilah, Hana rasa bukan Hana sahaja tapi ramai yang lain dapat kawan baru, pengikut baru dan lain-lain. Page Hana pun ramai yang Like dan Hana percaya, ramai dikalangan blogger juga. Terima Kasih diucapkan.

Inilah yang Hana harapkan, dengan berblog Hana dapat berhubung dengan orang luar, dan dapat kenalan dengan lebih ramai lagi. Datang berkunjunglah ke page dan blog Catalog Gojez hana dimana dari sana juga akan menghubungkan anda semua ke link page, group dan facebook Hana dengan lebih mudah. Ok lah, sayang you allz semua, harap ikatan ukhwah ini akan berkekalan, dan masing-masing maju jaya dengan bidang korang ceburi.

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari
Post a Comment