Friday, September 5, 2014

ZIKIR HATI, SABAR

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi ;)

Hana bukanlah orang yang hebat untuk berceramah tentang zikir hati, tetapi kita sebagai manusia, insan dan juga khalifah Allah dimuka bumi ini rasa terpanggil untuk turut berbicara tentang zikir hati atau sabar yang mana menjadi topik dalam Malaysia Hari Ini. Sebenarnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan api kemarahannya. Ya, benar. Mampukah kita menahan marah? itu persoalannya. Kita mudah lupa, bila ada sesuatu keadaan yang mana kita tidak lagi mampu mengawal, begitu mudahnya kita melontarkan kemarahan. Kata Ustaz, tidak salah kita punyai  perasaan marah, TETAPI bagaimana kita mengawal kemarahan itu. Jadi kembalilah kepada asal, kembali kepada fitrah, kembali kepada pencipta. Berzikirlah, astaghfirullahalazimmm...bertafakur, dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Insya Allah, perlahan-lahan kemarahan itu pasti hilang. Bercakap memang mudah, tapi untuk melaksakannya cukup sukar. Tidak ada yang mustahil jika kita percaya akan ke-ESAanya. Sama-sama kita beramal..

#Untuk Peringatan Hana dan kawan..PEACE!! bye
Post a Comment