Monday, September 29, 2014

#cabaran30hari #Hari ke-29 : Bunga Kegemaran Anda dan Ertinya untuk Anda

SOALAN KE-29

#Hari ke-29 : Bunga Kegemaran Anda dan Ertinya untuk Anda

Bunga Kegemaran Hana adalah ORKID

Kenapa Orkid? :-

Hana start suka bunga ni dari tingkatan 5. Selepas kematian arwah abah, Hana kemas-kemas barang abah, dan jumpa koleksi setem. Kebanyakan gambar pada setem tu adalah bunga orkid. Dari situla sebenarnya dah mula jatuh cinta dengan bunga orkid dan nama-nama scientifik bunga tu. Maka, dipendekkan cerita, terjumpa lah satu jenis bunga orkid yang namanya aerides odorata. dan kalau korang tengok, nama blog hana hodorata kan??..bukan kerana korea sonata ke apa ni, tapi asalnya dari odorata..nak digabungkan dengan nama hana, pikir punya pikir, letak la hodorata iaitu hana odorata dan sampai sekarang memang minat dengan bunga orkid ni. 

Kebetulan pulak, dapat mak mertua yang suka akan bunga orkid, eh eh eh..macam dah takdir je..hehehe..luv u ma...itulah kuasa tuhan, jodoh pertemuan memang di tangannya. Peacee!! bunga orkid sangat2 memberi erti kepada HANA.

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari
Post a Comment