Thursday, September 25, 2014

#cabaran30hari #Hari ke-15 : Surat Kepada Seseorang, Siapa saja

SOALAN KE-15

#Hari ke-15 : Surat Kepada Seseorang, Siapa saja

Buat Suamiku Tercinta

Assalamualaikum Abang,
Seronoknya, diberi peluang menulis surat. Rasanya, sejak dari berkenalan, sampai ke hari ini, belum pernah kita bersurat murat. ;). Kita bercinta di era moden, dah tak ada surat bagai lagi. Tapi, Alhamdulillah, dengan berkat keluarga dan redha Allah, kita bahagia bersama hingga ke hari ini. Usia perkahwinan baru 2 tahun tapi, ayang harap 200 tahun akan datang lagi kita tetap bersama dan bahagia. Terima kasih, hadir dalam hidup ayang, jaga dan bertanggungjawab sepenuhnya keatas ayang dan anak. Ingat tak, abang selalu tanya di awal perkahwinan dulu, kenapa ayang selalu menangis selepas solat berjemaah bersama?...ayang menangis kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana temukan ayang dengan abang dan kerana lahirkan cinta seindah syurga. (eh eh sebak)
Moga ikatan suci ini, bahagia hingga ke jannah. 

ok, tak boleh panjang2..rahsia rumah tangga (^_^)..Ya ALLAH..JAGAKAN DIA UNTUKKU

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari
Post a Comment