Saturday, September 20, 2014

#cabaran30hari #Hari ke-1 : 1 Gambar Terbaru dan 5 Fakta Tentang Diri Anda

Assalamualaikum w.b.t. Okey, maafkan Hana kerana sudah ketinggalan jauh sebenarnya. hehe. Apapun Hana cuba yang terdaya, sebab Hana rasa ianya menarik. Hana salah seorang ahli kelab blogger Ben Ashaarim dan Hana rasa Hana patut join. Masih ada 10 hari, tapi Hana nak jugak start dari awal. Kalau tak sempat jugak apa kan daya..hehe..OK, lets start!

SOALAN PERTAMA :

#Hari ke-1: 1 Gambar Terbaru dan 5 Fakta Tentang Diri Anda
Ini je gambar yang ada bersama suami dan anak.Hehe, handphone rosak semua dah hilang

5 Fakta Tentang Diri Hana:

1- Suka menangis, pemurah sangat-sangat dengan air mata. Sedih memang confirm nangis, nak marah nangis, sakit hati nangis, terharu pun nangis. Hahaha.

2- Pendiam, tak banyak cakap sangat dengan orang tak dikenali. Memang kalau xkenal susah sangat nak berbual, xde modal atau idea nak tanya apa-apa. Kalau kita tegur dia jawab sepatah lagi hilang mood.

3- Pemaaf. Mudah memaafkan orang, walau benci, sakit hati tahap gaban, tapi bila terfikir memaafkan itu lebih baik, api kemarahan terus padam.

4-Low profile,rilek-rileks jer. Takde nak vough atau menyerlah sangat

5- Penggeli…hahaha. Jenis tak suka kotor-kotor..bukan poyo yer, tapi hakikat. Kalau ada yang kotor, cepat-cepat cuci. Tak suka anak kecil main-main masuk kawasan dapur.

Okey, Sekian (^_^)\/
Post a Comment