Thursday, March 6, 2014

Lelaki jatuh dari Jambatan Kedua Pulau Pinang

OHHH MY GOD...BETULKAH???

Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai pertalian saudara dengan seorang timbalan menteri dilapor terjatuh dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di George Town hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata lelaki berumur 26 tahun itu dilapor terjatuh di Km13.9 dari arah Batu Kawan ke Batu Maung sebelum diselamatkan nelayan yang melalui kawasan itu dengan bot pada 2.40 petang.

"Lelaki itu dikatakan terapung dalam laut dengan kedalaman lebih kurang 500 meter dan dia dibawa ke Pangkalan Polis Marin Batu Uban oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini.

Lelaki yang merupakan penuntut sebuah kolej di Kuala Lumpur dan masih bujang itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilapor stabil.
Post a Comment