Wednesday, March 5, 2014

Kanak-Kanak Mati Keracunan Hidangan Ayam Goreng

Tonton disini http://my.news.yahoo.com/video/kanak-kanak-mati-keracunan-hidangan-025300803.html

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun meninggal dunia akibat keracunan makanan. Mangsa, Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilme dari Bukit Payung, Marang, Terengganu dikatakan memakan ayam goreng dibeli ibunya di pasar malam Jalan Hiliran, Kuala Terengganu. Menurut bapa mangsa, dia dan anaknya mengalami cirit-birit sejak pagi Ahad selepas makan nasi goreng, ayam goreng, kaki ayam dan air keladi yang dibeli di pasar malam berkenaan. Doktor di Klinik Kesihatan Bukit Payung mengesahkan dua beranak berkenaan mengalami keracunan makanan. Menurutnya, keadaan Iqbal semakin teruk apabila mukanya semakin pucat dan lesu dan dipercayai meninggal dunia kira-kira jam 1 tengah hari ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. Beliau percaya keracunan berkenaan berpunca daripada ayam goreng dan kaki ayam kerana hanya beliau dan anaknya yang menjamah juadah berkenaan. Berikutan itu, satu laporan polis dibuat dan berharap siasatan lanjut dijalankan. Beliau yang bertugas sebagai tentera di Kem Padang Midin, Kuala Berang menambah, perkara seumpama itu perlu diberi perrhatian supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak.
Post a Comment