Saturday, March 8, 2014

CREAM PUFF

Itu hari punya cerita..haha, baru nak upload. tak sompettt, tapi ini gambar dari google, jgn marah ekkk, malas nak bluetooth dari hp..hihi, tapi lebih kurang jer...sodappp cubalah!!!


Ini Resepinya :

Untuk Cream Puff :
100g - Mentega 
250ml - Air
150g - Tepung Gandum
1/2 sudu tea - Garam
3 biji telur (Gred A)

Untuk Pastry Cream:
1 biji - telur
1 tin - susu cair
6 sudu besar - gula
1 sudu besar - mentega
6 sudu besar - tepung kastad
1 sudu tea - esen vanilla

Cara-cara membuatnya : 

Puff:
Masak mentega dengan air sehingga mentega cair. Masukkan tepung dan kacau sehingga menjadi doh atau dan pastikan tepung tidak melekat pada periuk. Gunakan api perlahan dan kacau pada satu arah sahaja. Bila dah jadi doh tadi, kacau sekejap biar menjadi suam, kemudian masukkan telur satu persatu. Kacau rata.
Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah Celcius, selama  25 - 30 minit.
Kastad:
Satukan semua bahan, masak dengan api sederhana sehingga pekat. Jangan api terlalu kuat yer, Hana satukan semua bahan untuk pastry ni dulu, bru letak atas dapur, tepung kastard tu last sekali and kacau slow-slow, jangan tinggal plak...nanti lain jadinya. haha, sebab nanti beketul-ketul plak. Bila da siap, Potong puff dan isikan kastad ke dalam puff tu okey ;)..

SELAMAT MENCUBA!!!

Post a Comment