Wednesday, October 1, 2014

#cabaran30hari #Hari ke-31 : Apa Yang Anda Dapat Dengan Berblog

SOALAN KE-31

#Hari ke-31 : Apa Yang Anda Dapat Dengan Berblog

Alhamdulillah, pertamanya bersyukur kehadrat ilahi kerana dapat juga habiskan cabaran 30 hari dari kelab blogger Ben Ashaari ni. Thanks Abang Ben kerana buat segmen macam ni.

Apa yang Hana dapat dengan berblog ialah pertamanya kepuasan. Kepuasan dalam menulis, kerana semuanya boleh dikongsi dengan semua orang walaupun kita tak kenal siapa pun. Namun begitu, perlu hati-hati juga kerana kita tak tahu siapa pembacanya. Risau juga kalau maklumat peribadi terdedah dan mendatangkan aib kepada diri sendiri.

Tuesday, September 30, 2014

#cabaran30hari #Hari ke-30 : Perkara Menarik Yang Anda Berbangga Tahun Ini

SOALAN KE-30

#Hari ke-30 : Perkara Menarik Yang Anda Berbangga Tahun Ini

Untuk diri sendiri tak ada rasanya. huhu, tapi tak mengapalah, untuk pihak suami ada. Alhamdulillah suami dinaikkan pangkat lagi. Rezeki dari Allah kepada kami sekeluarga.

Okey, Sekian (^_^)\/

Monday, September 29, 2014

#cabaran30hari #Hari ke-29 : Bunga Kegemaran Anda dan Ertinya untuk Anda

SOALAN KE-29

#Hari ke-29 : Bunga Kegemaran Anda dan Ertinya untuk Anda

Bunga Kegemaran Hana adalah ORKID

Kenapa Orkid? :-

Hana start suka bunga ni dari tingkatan 5. Selepas kematian arwah abah, Hana kemas-kemas barang abah, dan jumpa koleksi setem. Kebanyakan gambar pada setem tu adalah bunga orkid. Dari situla sebenarnya dah mula jatuh cinta dengan bunga orkid dan nama-nama scientifik bunga tu. Maka, dipendekkan cerita, terjumpa lah satu jenis bunga orkid yang namanya aerides odorata. dan kalau korang tengok, nama blog hana hodorata kan??..bukan kerana korea sonata ke apa ni, tapi asalnya dari odorata..nak digabungkan dengan nama hana, pikir punya pikir, letak la hodorata iaitu hana odorata dan sampai sekarang memang minat dengan bunga orkid ni. 

Sunday, September 28, 2014

#cabaran30hari #Hari ke-28 : 5 Perkara Bermula Dengan "Andainya"

SOALAN KE-28

#Hari ke-28 : 5 Perkara Bermula Dengan "Andainya"

Andainya - Ayang pergi dulu sebelum Abang...jaga dirimu baik-baik sayang (suamiku) dan anak-anak. Ayang tahu abang kuat dan mampu hadapi semua keadaan. Ayah powerrr!!!(^_^) ranggersss
Andainya - Dapat di undurkan masa, akan ku jadi manusia yang tak akan pernah mensia-siakan waktu. ( Tapi tak baik throwback..kena look foward!!!)
Andainya - Aku Kaya..kan ku bantu semua yang memerlukan (tak perlu tunggu kaya pon, rm1 pon dah boleh tolong orang) pikir-pikirkan...
Andainya - Kita bertemu terlebih awal, pasti anak kita sudah ramai (hahahaha)..dah takde idea nihh
Andainya - Dizinkan waktu, panjangkan umurku, untuk lebih beribadat dan beramal kepadanya..amin

#cabaran30hari #Hari ke-27 : Mood Anda Hari ini

SOALAN KE-27

#Hari ke-27 : Mood Anda Hari ini

Mood Hana hari ini, bermaksud mood semalam. hehe..sebab entry sepatutnya ditulis semalam ditulis hari ini. Seharian pegi jalan-jalan, so, mood baik dan ok saje. ;)

Lepas solat maghrib kat masjid besar kuantan, Hana ke Kuantan Prade nak bayar bil P1, cari sandal untuk anak and tali pinggang. Huhuhu...nak masuk tu tengok persembahan promoter oppo ni haa, promotion oppo semalam.

Luqman macam biasa, tak pernah duk diam. Jumpa patung ni tergamam sekejap..hahahaha..mungkin pelik agaknya, nape la orang ni tinggi sangat

Haaaa, gaya dia nak tengok punya pasallll...woooo tingggiii ;D

Then, pegi makan-makan jap. Luqman main straw..suap makan tak mau!!

Kemudian, kami ke Teluk Cempedak sattt..terjumpo plak bendo alah ni. suruh ayah Luqman g bergambar, taknak pulakkk..malu kononn

Last sekali, bawak sekeciknya jadi penonton budak-budak main air..nak letak dalam bot tu, bukannya pandai lagi. Jap lagi menangis, lompat ke apa.haisshh tak payah la..tunggu adik besar ckit yer..lepas tu terus balikkk, hmm pukul1 pagi baru sampai umah, stuck dalam jem..hadoiiihhhh!!haha
Itu jela mood semalam, dan puas hati jugak, sebab lama tul tak keluar bersama.

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, September 26, 2014

#cabaran30hari #Hari ke-26 : Gajet Kepunyaan Anda

SOALAN KE-26

#Hari ke-26 : Gajet Kepunyaan Anda


Ini sahaja yang ada, Samsung Galaxy Note, dah berkurun dah..hehe. Sekarang orang dah pakai Iphone6 gold bagai..tapi ini la nyawa, merangkap pembantu, penghubung dengan orang luar, keluarga, customer. Tapi kalau nak update facebook, page blog Hana lebih suka guna laptop, senang. Lagipun pakai Wifi P1..masalah internet tu tak ada sangat bila kat rumah. Ini je yang mampu setakat ni, dah pernah rosak ic..nak jual, orang dah taknak..hahaha. Sebab dah pernah repair. Tak pelah..sudah lebih dari cukup buat masa ni. Alhamdulillah.

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, September 25, 2014

#cabaran30hari #Hari ke-25 : Berita Terkini Hari Ini Yang Anda Baca

SOALAN KE-25

#Hari ke-25 : Berita Terkini Hari Ini Yang Anda Baca

Pembetulan, tak baca pun, dengar dan lihat je. Hari ni hari mengundi kat Pangkalan Kubor,Tumpat Kelantan kan???..betul laa, semua orang tahu kot. Sebab buka tv hanya yang tu je yang keluar. Hehe. Tahniah kepada pihak yang menang. Tak kisah la siapa pun, asal laksanakan tugas dan tanggungjawab dengan jujur dan amanah. Berat tanggungjawab disisi masyarakat dan paling penting Allah s.w.t. Oh ya!! my hubby ada kat sana actually..huhu, esok dia pulang. Bukan jadi guard kat situlaaaa, dia pembantu jurulatih budak-budak kursus. Harap selamat perjalan pulang my sayang esok. Aminnnn..

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-24 : Rumah Impian Anda

SOALAN KE-24

 #Hari ke-24 : Rumah Impian Anda

Rumah impian anda??..urmm..ofcoz la macam instana!!;D. Nak tak nak, Hana dah ada rumah sendiri, Husband dah beli kat kelantan. Tapi wat masa sekarang, disewakan. Tapi macam tak best jugak, perumahan kan. Kita dah biasa dari kecik tinggal kat kampung, ada tanah sendiri, dalam hati tu nak jugak la, bina umah sendiri, ada halaman yang luas. Dalam rumah ada ruang-ruang yang boleh kita tetapkan, contohnya ruang belajar, ruang santai, ruang tamu, ruang makan...berrruanggg ruangg..;D
Haaa...rumah macam tu diimpikan sebenarnya, tapi memandangkan kos sekarang dah tinggi, so kita kumpul duit beli tanah jer...hahha. Then kumpul duit lagi bina rumah.

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-23 : Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang

SOALAN KE-23

 #Hari ke-23 : Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang

Ingin apa kebendanya, sekarang pun kerja sendiri, buat bisnes online ni.hahaha. Setakat ni Hana bahagia dengan pilihan Hana. Atleast ada juga pendapatan sendiri, walaupun kecil-kecilan ajo kannn. Actually Hana student Engineering, memangla kan, belajar tinggi-tinggi nak dapat apa yang kita belajar . So far, ramai member semuanya Engineer. Alhamdulillah, rezeki masing-masing la kan. 2 orang daripada kawan kat University dulu bisnes dan dah ada kedai sendiri.Rezeki masing-masing. Dan Hana bahagia dengan cara sekarang, eh penat taw??..sape cakap bines online ni biasa-biasa, santai, suka-suka??..itu maknanya yang buat jualan online tu tak bersungguh-sungguh. hehe. Tak percaya cuba buat!!

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-22 : Destinasi Percutian Impian

SOALAN KE-22

 #Hari ke-22 : Destinasi Percutian Impian


Ek, eleeyyy, tengok gambar saje dah tahu...Bila la agaknya bleh sampai kesana yer..haha. Angan-angan je kot. Eh, mana tahu one day, Hana selfie kat situ???..haaaa..jangan ado yang terkejut..tiba-tiba cakap...waaaaa...bestnyaaaaa..hahaha (poyo). Tak de lah, impian sikit-sikit tu ada la jugak kan, bohongla kalau tak ada langsung.heee daaa

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-21 : Tempat Yang Ingin Anda Pergi dan Tak Pernah Pergi

SOALAN KE-21

 #Hari ke-21 : Tempat Yang Ingin Anda Pergi dan Tak Pernah Pergi


Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki kita semua sampai kesini. Hana yakin, bukan Hana je yang idamkan ke Makkah, majoritinya kita Ummat Islam punya hasrat yang sama. Mudah-mudahan, segala urusan kita dipermudahkan. Samada tunggu giliran dengan Tabung Haji, atau pergi private, tak mengapalah...asalkan segalanya lancar. Dan kepada sesiapa atau ahli keluarga yang sedang menunaikan haji sekrang, kita doakan mereka dapat Haji yang mabrur...aminnn

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-20 : Quote Kegemaran Anda

SOALAN KE-20

 #Hari ke-20 : Quote Kegemaran Anda

AGI IDUP AGI NGELABAN

Selagi hidup selagi itu berjuang. Kurang lebih macam tu la kan..;). Yeahhh kita kena bersemangat, selagi kita hidup, selagi kita ada daya, selagi kita mampu berusaha, berjuanglah dengan cara kita. Demi capai cita-cita, bidang yang kita ceburi, sentiasa berusaha untuk terus maju dan maju. Perjuangan kita tak kemana jika bukan dari iltizam dan semangat diri-sendiri.

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-19 : 1 Resepi Kegemaran Anda

SOALAN KE-19

#Hari ke-19 : 1 Resepi Kegemaran Anda

My Favourite : Gulai Lemak Ikan Masin Nenas

Biarkan gambar bercerita. hehe. Dari kecik lagi..mungkin mak selalu masak, so..sampai ke tua ni memang suka makan ni. Satu lagi ikan patin masak tempoyak. Memang sepuyuk nasi pun habis..haha. Memang pembuka selera. Balik kampung, Mak memang tahu dah...hehehe., kena pulak, dengan budu, ulam bagai...perghhhhh....ni rasa nak balik je nii..haha..sabor-sabor...ok la tu je ;)

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-18 : Siri TV Kegemaran

SOALAN KE-18

#Hari ke-18 : Siri TV Kegemaran

Siapa kat sini suka cerita korea?? Terus terang jer..Hana penggemar gila drama siri tu..WINTER SONATA. Masa cerita tu tengap meletopsss, Hana form 4...semua fail, buku-buku penuh ngan muka Jun Sang ngan awek dia tuh. hahaha, pernah kantoi dengan cikgu add maths..malu giler. Walaupun jalan cerita agak lembab, sembab siput sedutt...;D..tapiiii ohhh syahduuuu bangat. Kalau citer English pulok, suka siri movie Vampire Diaries..tapi sempat season 3 je..sekarang dah season berapa tak taulah...kalau masih berkesempatan..nanti nak download lagi lagi dan lagi...sebab tengok citer tu kat tenet je. Kalau cartoon suka Oggy and The Cockroaches..hahahha...sape suka??? ok kita genggg!!ngeee

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-17 : 5 Perkara Yang Anda Rindukan, apa saja

SOALAN KE-17

#Hari ke-17 : 5 Perkara Yang Anda Rindukan, apa saja

Pertama: Zaman Kanak-kanak
Memang best sangat jadi kanak-kanak kan, tak punya masalah, hidup happy jer. Tapi tak selamanya kita kecik, aturan Tuhan itu benar, zaman kecil kita bahagia kerana kita suci (^_^)

Kedua : Zaman Sekolah
Haihhh, rindu bangat. Ok fine, saya kaki buli. hahaha..buli sikit-sikit jer..Kalaulah diundur masa, rasa macam nak gi sekolah balik. Tapi mustahil laaa...( poyo je, masa sekolah, nak habis belajar cepat2)

Ketiga : Bersama Keluarga
Semua dah ada keluarga, kenapa raya tak banyak?..(banyak laaa, raya puasa, raya haji, raya cina, deepavali & etc)..ok, saya nak tiap-tiap bulan ada raya..boleh macam tu??..rindu nak jumpa semua orang.

Keempat : Rindu Arwah Abah.
Al-Fatihah...Abah..Hana doakan abah bahagia disana, ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. RINDU ABAH SANGATTTT!!!

Kelima : Rindu nak makan jagung Cameron
Hana masih waras..hahahhahaha..okey, jagung kat sana sedap sangat...i give 5 starszzz!!. cu cuba makan jagung kat cameron..makan kat sana..panas2!!terbaik dari ladang...mu tunggu aku datanggg lagi wahai jagung2

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-16 : Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi

SOALAN KE-16

#Hari ke-16 : Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi

Ya, ALLAH...
Ampunkan daku, segala dosa-dosaku yang lalu, kecik mahupun besar, Dosa Suami, Anak-anak, Ibu Bapa, keluarga, Guru-guru, sahabat handai, kenalan dan seluruh muslimim dan muslimat
Murahkan rezeki kami ya allah, permudahkanlah urusan kami ya allah, tunjukkan jalan yang benar, jalan yanng engkau redhai..

10 Tahun lagi,
Insya Allah, kita semua mahu berjaya, dunia akhirat. Doakan Hana dan keluarga dimurahkan rezeki, tiada yang lain terhajat dihati, melainkan ingin jadi orang yang berjaya, dan dapat tolong orang-orang dikasihi, dan juga masyarakat sekeliling. Aminn Yarabbal Alaminnn

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-15 : Surat Kepada Seseorang, Siapa saja

SOALAN KE-15

#Hari ke-15 : Surat Kepada Seseorang, Siapa saja

Buat Suamiku Tercinta

Assalamualaikum Abang,
Seronoknya, diberi peluang menulis surat. Rasanya, sejak dari berkenalan, sampai ke hari ini, belum pernah kita bersurat murat. ;). Kita bercinta di era moden, dah tak ada surat bagai lagi. Tapi, Alhamdulillah, dengan berkat keluarga dan redha Allah, kita bahagia bersama hingga ke hari ini. Usia perkahwinan baru 2 tahun tapi, ayang harap 200 tahun akan datang lagi kita tetap bersama dan bahagia. Terima kasih, hadir dalam hidup ayang, jaga dan bertanggungjawab sepenuhnya keatas ayang dan anak. Ingat tak, abang selalu tanya di awal perkahwinan dulu, kenapa ayang selalu menangis selepas solat berjemaah bersama?...ayang menangis kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t kerana temukan ayang dengan abang dan kerana lahirkan cinta seindah syurga. (eh eh sebak)
Moga ikatan suci ini, bahagia hingga ke jannah. 

ok, tak boleh panjang2..rahsia rumah tangga (^_^)..Ya ALLAH..JAGAKAN DIA UNTUKKU

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-14 : Cerita Kasut Saya

SOALAN KE-14

#Hari ke-14 : Cerita Kasut Saya

Cerita pasal kasut saya sangat banyak, tapi satu je nak cerita. Sebab entry cabaran 30 hari Hana ni semuanya pendek-pendek. Nak kejar masa, jangan ada yang menjeling...huhhh..hahaha. Ok, ianya berlaku tahun 2012. Majlis Konvokesyen first degree dekat UTHM. Beli kasut baru la konon kan, padahal sekali tu je nak pakai. Tapi dah xde sangat, beli jela. So, faham-faham la kasut baru ni..orang kata, gigit dia dulu, sebelum ia gigit kita. Kurafat!!! hahaha, tapi itulah yanng berlaku...(memang aku tak gigit la weiii...adoyaiii)..dia yang gigit kita. Habis melecittt..terhenjut-henjut jalan tahan sakit. Tapi masa atas pentas tu cover la kan..tak kan nak jalan macam nenek kebayan plak atas tu.haha. Ya ampun, depan belakang melecit, sakit tak payah cakap. Rasanya saiz da betul dah, sebab beli sendiri. Sabar je la. Majlis tu faham-faham je la kan..bukan sekejap. Selesai semua majlis, buka kasut, jalan berkaki ayam ke Masjid yang dekat dengan dewan Konvokesyen tu. Masa tu dah kawin 2 bulan kot. hihihi. Suruh la si suami, ambil sandal dalam kete. Sekali dia datang, bawak apa taw???..KASUTTTT lagiii...kebetulan masa tu bawak 2 pasang...hahahahha..nak nangis ke nak gelak?? cer jawab? ok, itu saja cerita kasut saya..hahahahaha..

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-13 : 5 Blog Kegemaran

SOALAN KE-13

#Hari ke-13 : 5 Blog Kegemaran

1- HODORATA.BLOGSPOT (jangan ada yang menjeling)
2 - CATALOG GOJEZ (haa klik jangan tak klik)
3 - BEN ASHAARI
4 - HASRULHASSAN.COM
5 - MIA LIANA

Hehehehe...jangan ada yang maraaa aaaa...ada lagi sebenarnya tu, just list je..bukan sempat sangat nak tengok selalu, OK tak???...blog korang pun hebat-hebat belaka jugakkk

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, September 24, 2014

#cabaran30hari #Hari ke-12 : 5 Wishlist Anda

SOALAN KE-12

#Hari ke-12 : 5 Wishlist Anda

1- BERJAYA DUNIA AKHIRAT
2 - BAHAGIAKAN ORANG-ORANG TERSAYANG
3 - TUNAIKAN SEGALA PERINTAH DAN SURUHAN ALLAH DAN RASUL
4 - CAPAI TARGET DALAM BISNESS
5 - DAPAT MAJUKAN DIRI DENGAN LEBIH HEBAT

Hana rasa ini yang Hana nak dalam hidup, Hana tak perlukan apa-apa yang diluar kemampuan. Harap dapat disempurkan segalanya..aminnnn

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak

SOALAN KE-11

#Hari ke-11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak

Banyakkkkk sangat!!..Sebab Hana memang lasak, suka main masa kanak-kanak dullu. Lagipun kita duduk kat kampung. Macam-macam permainan ada.hehe. Tapi bila dah dewasa, semua tu dah tak de lagi, dan budak-budak sekarang pun dah hebat-hebat semuanya. Kecik-kecik dulu, suka sangat main pondok-pondok bawah rumah atok!!!..haha, main baseball kat kawasan lapang sawah, tido atas jerami padi, main getah, sorok-sorok,mandi sungai,mandi longkang,panjat pokok...haaaa kau hadoo??
Pastu paling tak boleh lupa sampai sekarang, abang Hana menyakat  takutkan Hana dengan lipas. Hana lari gi umah nenek, menyorok belakang pintu bilik. Ingatkan dia dah tak de, rupanya dia kejar dari belakang, cari sampai jumpa...apalagiiii...UWAAAAAA!!!...sampai sekarang alergikkkk..memang takut lipas..hahahhaha..Jahaaatttt sangat!

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-10 : Apa di Dalam Handbag Anda

SOALAN KE-10

#Hari ke-10 : Apa di Dalam Handbang Anda

Apa dalam handbag yer?...haha lucu jer nak menjawab. Purse, handphone, lampin anak, pampers, stokin anak, kasut anak, buku rekod klinik anak, sapu tangan, tisu, pin atau butang tudung, duit syiling, kertas slip bank, kertas slip nombor giliran klinik, pencuci gugi dental, plastik..kahkahkahhh..harap menjawab soalan :D, sebab tu Hana suka handbag yang agak besar, senang!!!

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda

SOALAN KE-9

#Hari ke-9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda

Dah tak ada nak tertarik kat sesape pon..haha, orang dah bersuami ni, tengok suami aje laaaa...;D. Tapi nak melengkapkan soalan ni, kena jawab la jugak kan. hihi. Actually, Hana suka lelaki yang tak hisap rokok, kemas, bersih, handsome, baik hati. Haaaa...cukup dah ciri-ciri encik suami tu, tapi satu je, bukan tak hisap rokok, tapi berkaton-katoooonnnn rokoknya. Dah puas omak nasihatnyer hahhh, tek mau dengarr jugok ehhh. hahaha. Biarla dia, nanti doa-doakan biar suami Hana insaf dari merokok yer..hahaha..

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

#cabaran30hari #Hari ke-8 : 5 Lagu Cinta Kegemaran Anda

SOALAN KE-8

#cabaran30hari #Hari ke-7 : Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda

SOALAN KE-7

#Hari ke-7 : Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda

Pendidikan memang sangat penting. Dengan dunia sekarang yang serba moden dan canggih. Adanya pendidikan, kita boleh bawa diri kita untuk pergi lebih jauh dan maju. Pemikiran yang matang dan perilaku yang membanggakan. Terdidiknya seseorang itu, maka sempurna perjalanan hidupnya insya allah. Jangan tengok dari segi ilmiah saje, pendidikan banyak cabang, moga rohani dan jasmani pun lengkap dengan adanya pendidikan.

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, September 21, 2014

#cabaran30hari #Hari ke-6 : Apa Yang Anda Makan Hari Ini

SOALAN KE-6

#Hari ke-6 : Apa Yang Anda Makan Hari Ini

Alahhhaii, terasa comel soalan ni. Hari ini hana makan ikan masak asam pedas. Sori, lupa nama ikan, bukan patin/keli…tak tawlah nama apa. Suami pergi mancing. Ikan darat la kita panggil yer..huhu. Ohhh ya, asam pedas orang kelate tak sama dengan orang luar yer, take noted..haha. Ni gambar Hana ambik dari en.google je. Sebab tak snap pon gambar makan tadi. Tapi macam ginila rupanya, hampir sama.



Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari
Hari ke-1 : 1 Gambar Terbaru dan 5 Fakta Tentang Diri Anda
Hari ke-2 : 5 Cara Memenangi Hati Anda
Hari ke-3 : Sesuatu Yang Menguatkan Anda
Hari ke-4 : Buku Kegemaran Anda

#cabaran30hari #Hari ke-5 : 3 Perkara Yang Ingin Anda Katakan Kepada Bekas Kekasih

SOALAN KELIMA

#Hari ke-5 : 3 Perkara Yang Ingin Anda Katakan Kepada Bekas Kekasih

Alahai Abang Ben ni, ada jugak soalan macam ni, haha. Layankan ajeee...okeyh

Pertamanya :Moga kau bahagia dengan hidup dan pasangan kau pilih
Keduanya : Moga kau tak ganggu hidup aku
Ketiga : Semoga segala memori telah terpadam

Hahh, nak tambah satu lagi niiii, Keempatnya : I love my Hubby!!!!
Hahahhaha,kejam??..Dia lebih kejam. Tapi takpe, Hana pemaaf orangnya, Hana cuba lupakan segala kekejaman itu. Masing-masing dah ada haluan sendiri, dan cari keberkatan dan keredhaan dengan keluarga yang sedia ada, Taubat dengan segala dosa lalu.

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari
Hari ke-1 : 1 Gambar Terbaru dan 5 Fakta Tentang Diri Anda
Hari ke-2 : 5 Cara Memenangi Hati Anda
Hari ke-3 : Sesuatu Yang Menguatkan Anda

#cabaran30hari #Hari ke-4 : Buku Kegemaran Anda

SOALAN KEEMPAT

#Hari ke-4 : Buku Kegemaran Anda

Hokeyy, tak payah nak bohong sangat suka buku-buku time study. Memang tak laa..haha. Opss. Buku kegemaran Hana adalahhhh…NOVEL!..yes!. sangat suka. Kalau masuk kedai buku..mesti cari rak novel dulu atau ekspo buku memang tengok bahagian novel. Kalau tak beli pun, tengok-tengok tajuk dan synopsis pun takpe.hehe. Paling in love sekali Novel Doktor Cinta. Actually, dulu baca online, tapi yelah..orang nak berniaga kan...haha, so, kalau nak sambung dan tahu cerita selanjutnya kenalah beli bukunya. So, belilah ia. Macam dalam gambar kat bawah tu. Tak payah la nak cerita pasal story mory dia ek..sebab nak wat entry pendek-pendek je ni, kejar masa. Haha...jalan cerita besstttt sangat, lawak,sedih gembira,suspen..all in 1


Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari
Hari ke-1 : 1 Gambar Terbaru dan 5 Fakta Tentang Diri Anda
Hari ke-2 : 5 Cara Memenangi Hati Anda

#cabaran30hari #Hari ke-3 : Sesuatu Yang Menguatkan Anda

SOALAN KETIGA:

#Hari ke-3 : Sesuatu Yang Menguatkan Anda

Sesuatu yang menguatkan Hana adalah sesuatu yang memberi kesan mendalam dalam hidup Hana. Semangat dalam diri terutamanya kena teguh, bila kita merasai kesusahan,kepayahan yang tidak boleh dikongsi dengan orang lain, kita akan berusaha untuk mendapat apa yang kita nak, dan berusaha sebaik mungkin. Kalau dulu masa belajar, selalu teringatkan Mak dan Arwah Abah, itu pendorong utama. Sekarang pikir Suami dan anak, kena pikir nak buat sesuatu yang terbaik dan boleh membahagiakan kami sekeluarga. Itu semangat yang luarbiasa dan menguatkan diri Hana untuk lakukan apa sahaja.

Okey, Sekian (^_^)\/

#Cabaran 30 Hari Kelab Blogger Ben Ashaari
Hari ke-1 : 1 Gambar Terbaru dan 5 Fakta Tentang Diri Anda