Wednesday, July 3, 2013

~ Bertuahnya Kaum Perempuan ~

  • Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  • Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
  • Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  • Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah! bsp; memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  • Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  • Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
  • Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  • Wanita yang taat akan suami! nya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  • Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di dalam syurga.
  • Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  • Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu!daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. “Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

~ Azimat Suami Isteri ~

Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ….

15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.

Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

-Ketaqwaan
-Kasih sayang
-Kesetiaan
-Komunikasi dialogis
-Keterbukaan
-Kejujuran
-Kesabaran

Tuesday, July 2, 2013

~ Solat Istikharah, Tata Cara dan Doa ~

Solat Sunnat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-

-Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-

-Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
-Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:


Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

~ Lunch Hour ~

*chAks* heyyA..;p

hee Baca laa. Siut je.

Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau

Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang,cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan alamak byk la aku ambik
30. Sampai depan kaunter, berapa?
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
34. Tutup dompet. Ambik nasi
35. Tinjau-tinjau tempat duduk.
36. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
37. Cari tempat duduk lain
38. Jumpa. Duduk..
39. Alamak. Air tak order lagi
40. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
41. Order air
42. Bangun
43. Ambik sudu
44. Duduk
45. Bangun
46. Ambik Tisu
47. Duduk
48. Air sampai
49. Belek dompet (Step tadi)
50. Bayar
51. Tutup
52. Minum air
53. Start makan
54. Tengok-tengok orang sambil makan
55. Makan separuh..kenyang
56. Sebab dah minum air
57. Letak sudu, letak garpu
58. Pinggan tolak tepi
59. Borak2 kater makanan tak sedap
60. Ngumpat2..tg korang
61. Pukul 2, naik opis..
62. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

Hak3. So, adakah perempuan memang kompleks atau list ni yang saja ditokok tambah?

~ Sebab-Sebab Penjara Pudu Ditutup ~

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur, di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... 

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu, pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. 

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. 

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. 

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. 

Nak dijadikan cerita, pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. 
Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?. Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. 

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, 

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang  punyaaaaaa ... " 

udah tuuuuuuuuu........ piiieeee buat keja...................... Tahniah kerana minat membaca. 

p/s:-kita pun terkena...so apa salahnya foward kat org lain lak kan ....hahahaha

~ Cermin ~

Ini kisah tahun 60an dulu pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerjanya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang mencari-cari. . tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon membawa balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahuan isterinya. Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya.. bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya. Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa..so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu...Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut. Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.

Isteri: Apsal mak ketawa?.. Mak: Apa teruk benor selera suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit...Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu.

Tuesday, June 25, 2013

~ Isteri Yang Tidak Bekerja ~

Petikan dari sebuah blog :

DIA TIDAK BEKERJA?????

Buat suami2 yang bekerja di luar sana dan isteri berada di rumah:

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas rumah, iron baju bla bla bla...


Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?????


Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?

Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting.

Monday, May 27, 2013

~ 'my first Give Away' ~

JOM Join GA Niiii!!! Tak Rugi taw, bleh pilih hadiah lagi...syokkk maaa, and rule pon sonang aje (^_^)

klik sini untuk join

My Twitter, Saya Iklan GA kat sini ;)

Syarat-syarat untuk menyertai GA ni:

1. Follow blog : Dhae Lover !
2. Follow twitter : sirasa__
3. Buat entry pasal 'my first Give Away' dan letak gambar kat atas ni sekali untuk link terus ke blognya
4. Share GA kat mana2 . FB dll . ( provide link dalam entry kay )

Tempoh penyertaan : 27 Mei 2013 until 8 Jun 2013

Pemenang akan diumumkan pada Isnin 10 Jun 2013 dan hadiah akan diberikan selewat-2nya 20 Jun 2013

Nak tahu Hadiah apa yang bakal korang dapat ? ? ?

1) available 3 helai tudung bawal (1pcs one person)
2) available 6 felt keychain (2pcs one person)
3) available topup RM10 for all (celcom/maxis/digi/umobile)
4) available 15 shiseido mask (5pcs one person)

Jomlah JOIN..Hana pon baru join je ni ;), follow Hana sekali yer, Thanks...Hana pon xpenah dapat adiah2 GA ni, tapi its ok...just tambah member, itu sangat2 berharga. LOVE IT!!!

~ Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan ~


-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ-

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Saturday, March 2, 2013

~ Giveaway by Kak Ain & Snow ~

KLIK SINI UNTUK JOIN

Jom reramai join GA ni, hadiah cute mute, comel2 je mcm orangnya....
hadiah tersedia untuk 10-40 org yang bertuah sahaja ;)
mintak2 Hana diantaranya, hhehehe
Jom JOIN!!

Wednesday, February 13, 2013

~ Gambang Water Park ~

Akhirnya terisi jugak cuti Chinese New Year ni dengan puasnyer bersama keluarga tersayang..ngeh2..;). We Are Family!!..Best betoiii dapat main air, actually suka melayan anak-anak buah yang excited nak main air. Budak katakan..kalo xsuka air xsah!!..punyer suka dia menjerit-jerit dapat main air..Next cuti nak pegi lagi..hehe..xpuas lagi main air, melayan budak2 je labih..Xdapat nk shoot banyak sangat tempat coz semua basah2..takut rosak plak Android yg xbrapa nak sihat tuh..huhu..ni ajela yang ada..


Sampai dalam pukul 11 pagi kat sana

Sesi menunggu pembelian tiket 2jam..huhuhukk..lama giler, cian my hubby kena beratur panjang

Check up dekat entrance..huhu..terbalikkk da gambar..senget ke kanan semua yer..hahaha

Dah dapat masuk akhirnya

Melayan anak-anak buah...Mohd Idham Farhan and mummy..3months dh ank buah comey Cikna niii

Kakak Aan melayan susu sebelum tido, Nur Izmi Farihin

Cik Poh and Adik Aan yang cute mute..waiting nak masuk men airrr..yeayy

Kakak Ipar ngan anak2..Ni kat tempat makan dalam GWP..agak kotor sikit

My Abang Faizul ngah melayan anaknyer suka sangat nak lari

Antara tempat mandi kat dalam tu ialah Coco Beach..waduhhh peningggg tapi bez and takut..dia ada ombak   yang dibuat macam kat pantai betul. Takuttt..takut terbalik double tube yang kitorg naik sebab ombak dia mula-mula slow lepas tu makin laju and kuat..perghhh sampai ke tepi kena tolak..haha

Yang ni plak tempat budak-budak kecik main air je sebenarnya, tapi apa yang beznyer??
haaa tengok betul2 kat atas tu yang besar warna hijau tuu

Taraaa!!!Simbahhh!!! hahhaa..bila dah penuh nanti korang akan disimbah air yang dalam perut ikan besar tu. Tapi hati-hati kalo anak-anak kecil tahan kepala dorang, sbb air ni kuat, takut sakit kepala anak2 tu

Okey..yang ni xtaw nama apa, just jalan-jalan pusing, tapi ada ombak jugak, tapi xkuat sangat. Kitorang panggil longkang..hahahha..bez jugak..lama leh hanyut dalam air

Ni kat tengah2 dalam perjalana longkang tu, gelap sikit, then ada kabus wap air..sejukkk..ade patung2 kiri kanan..anak2 buah cakap antuuuuu antuuuuu

Hhehehe..thats allll...itu sajelah yang ada gambar. Next time nak naik kat atas plak. Kat sini area budak2 je..sbb kena jaga anak2 kecil tu susah sikit nak main atas. Xpe, nanti leh g lagi ;)..K Babaiiii

Tuesday, February 5, 2013

~ Cara Merawat Bibir Kering ~


Pernahkah anda mengalami masalah bibir kering atau pun pecah? Bibir yang kering, kelihatan pecah-pecah dan mengelupas biasanya dikaitkan dengan keadaan cuaca panas ataupun udara kering contohnya kalau dah lama sangat berada dalam bilik berhawa dingin atau kawasan sejuk. Tetapi mungkin ada yang terlupa bahawa pemakaian gincu yang kurang sesuai juga boleh menyebabkan masalah bibir mengelupas! Sebabnya bahan kimia yang terkandung dalam gincu atau lipstik tu kemungkinan tak sesuai ngan kulit kita.

Petua Merawat Bibir Pecah :
Cuba sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah.

Merawat Bibir Kering :
Ambil beberapa kelopak bunga mawar dan rendamkan dalam susu segar selama 1-2 jam. Selepas tu ambil air rendaman tu dan sapukan pada bibir yang kering. Kaedah ini dikatakan bukan sahaja membantu melembapkan bibir yang kering malah boleh mencegah agar warna bibir yang merah bugar tu tidak hilang serinya.

Petua Melembapkan Bibir Kering :
Cara nie che petua selalu juga amalkan. Caranya ialah oles susu pekat pada bibir. Selalunya che petua amalkan waktu petang lebih kurang pukul 5 atau 6 petang dan biarkan ia sehingga pukul 7 atau 8 sebelum mandi. Amalan ini membantu membuang kulit kering yang mati dan melembutkan bibir.

Atau :
Kalau tak suka pakai susu (takut kena gigit semut..hehe..) boleh guna cara nie pula. Gosok bibir tu dengan timun. Potong timun nipis-nipis dan tempek atau gosokkan pada bibir yang kering untuk merawatnya.

Atau :
Satu cara yang dikatakan bagus ialah dengan menggosok gel lidah buaya. che petua tak pernah cuba cara nie tapi ia dikatakan boleh membantu menyembuhkan bibir yang kering dan pecah-pecah dalam masa yang singkat.

SUMBER

Saturday, February 2, 2013

~ Ohhh Heaven ~

SEJUK MATA MEMANDANG..AISHHH BESTNYERRR
Bleh Jadi Inspirasi Nak Hias Rumah ;)











~ My First Giveaway by Echa ~


JOM JOIN!! Nak hadiah dari Aishah tak?? Sangat simple and mudah saje. GUD LUCK
YOU GUYZ (^_^)

DUE 20 FEBRUARI 2013


~ Hanif Idrus Giveaway 2013 Segmen ~

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Assalamualaikum semua, okey ini first GA Hana join untuk februari, Hana akan banyakkan join segmen GA ni untuk tambah sahabat blog yang sudi follow Hana. Tarikh GA ni bermula 9 Jan - 9 Feb 2013. OK, masih sempat dalam masa seminggu lagi akan tamat. Enjoy yourself okey?? Thanks sudi datang blog Hana.
Jom Join!! ;)

HANA TAGS:

Tuesday, January 29, 2013

~ Foto layannn (^_^) ~

Pernah tengok tak foto-foto ni?? hehe..share kat sini

eeee...geli..haha, ada ke orang pakai?

so sweet

kreatif kan? cantik je, rasa macam nak gi duduk gak

apa motif xtaw..haha, agak2..anak dia ke, pekerja kat sana?? anak dia kot, safety la sangat

pheww, sabar giler

jauh menung dik??

Olololo, kawan sejati

Friday, January 18, 2013

Segmen Top Up by Blogger Emas Putih


Segmen Top Up by Blogger Emas Putih

Tarikh Tamat
30 hb Januari 2013 , Rabu Jam 11.59 Malam

Hadiah
Top Up RM5x10 blogger yang bertuah
(Jika melebihi 200 peserta, topup akan bertambah kepada 20 X RM5Top Up)


Habis Credit???Expired Credit??? Hahhhh, korang ada peluang dapat Top Up ni!! Jom-jom!!..
Manala tahu, kot2 time emergency masuk credit free ni kan, masyuuukkkkkk...BEST..
Jom JOIN (^_^) sekarang..Sambil tambah follower..TAK RUGIIIIII...malah BERBALOI lagiiiii...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Zikir/Nasyid Ketenangan Hati dan Jiwa

Sunday, January 6, 2013

~ Tambah Trafik Tambah Follower 2013 ~


JOM BERSEGMEN LAGIII!!! ;), Keje paling suka awl tahun ni ialah join segmen saje..huhu, untuk dapat lebih ramai kawan ;)

Blog Hana iaitu "Cerita Kita" ini sebenarnya banyak mengisahkan tentang kehidupan Hana sendiri, keluarga, dan kawan-kawan. Hanya untuk berkongsi segala bagai cerita yang dialami sendiri. Disamping itu ada diselitkan juga, info-info berguna untuk tatapan pembaca yang dikasihi. Minat menulis dan membaca adalah salah satu pendorong utama. Suka juga membaca entry dari blog www.hasrulhassan.com dan juga blogger yang lain, dimana hasil dari bacaan itu boleh menjadi blog itu, blog pendidikan buat blogger kerana mampu memberi informasi berguna untuk semua.

Oleh itu, jom kita sama-sama memeriahkan lagi segmen ini untuk Tambah Trafik Tambah Follower sebagai usaha kita semua untuk memperkenalkan blog En.Hasrul Hassan kepada rakan blogger yang lain dan dunia blog Malaysia. Ayuh!!! ;)

Jom bagi support!
Tarikh tutup untuk join segmen ini ialah pada 9 Januari 2013

Friday, January 4, 2013

~ Giveaway Mialiana.Com ~

klik Banner

Salam Petang..(^_^)..Owsemm, one more segmen, Terlewat ke?? belum lagi kann?? 
Jom, kawan2 kat luar sana, yang belum Join Segmen ni..jangan lengahkan lagi, tarikh tutup hampir tiba. Jangan kalut cam Hana..keh3..syarat2nya sangat mudah, join saje sagmen Giveaway, detailsnya ada disana. Hadiah Menarik Sedang MENANTI!!

Okiess...Hana rasa dah ramai..ramai..amat ramai sudah mengenali kak Mia ni, Hehe, Memang Terbaikk laah!!..so, sape xfollow memang rugi. Jom klik Mialiana.Com and follow akak kita ni.

Okeh, dari Blog kak Mia saya paling suka entri Mia Dalam Berita Harian 20.12.2012 di Mialiana.Com kerana, sangat-sangat memberi Inspirasi kepada student and maybe yang ada diantara blogger kita ni. So, Congratulations Kak Mia. Biarkan ianya menjadi sejarah paling bermakna dalam hidup akak, and dapat menjadi idola untuk anak2 dan juga kawan-kawan yang lain. ;), sudah pasti jua menjadi kebanggaan Keluarga.

I'm Love Blogging, so, Hana suka mencari member2 disini, so apa pun..selamat berkenalan u olz..opss n also to my google+ followers too..luv u alz so much ;), sharing is caring okey!!


#TAG#

~ Segmen Tambah Follower Awal Tahun 2013 oleh Emmymazli ~

Assalamualaikum Bloggers (^_^)

Klik Banner

Holla..Untuk 2013, Hana nak try join segmen dari member2 Blogger sumer. Jom tambah follower dengan join segmen yang dianjurkan rakan blogger kita. Apa yang ditunggu-tunggu lagi? mudah sajee..

So, bagi Hana blog Emmymazli cute, pinky winky..memang akan menarik perhatian ramai, especially gugurllsss kat luar sana tu, kalo xnak bosan mengadap blog every day, every time, every..every..whatever every...(hahahha)..tambahkan aje Gadget lagu ke, radio ke..even Hana xletak, but kadang Hana suka jgak view Blog yg ade lagu2..best!! wink..winkkk ;D

Okeh..Thats all Lovely..;)..Salam Kenalan

Flower Miracle - Bloom When hear the Azan - CNN



Kehebatan Maha Besar Allah s.wt

SubhanAllah, laungan Azan yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan bunga-bunga yang tertidur. Bunga yang layu sebelumnya secara tiba-tiba mekar apabila azan dilaungkan daripada masjid yang berdekatan. Stesen televisyen CNN pernah menayangkan sebuah dokumentari yang menunjukkan keajaiban laungan azan.

~ Kanang Anak Langkau ~

#Takziah keluarga Mendiang Kanang Anak Langkau, Tokoh PAHLAWAN Negara#


Tokoh pejuang menentang komunis, Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching, dipercayai akibat serangan jantung, pukul 1.45 pagi ini.

Mendiang dikejarkan ke HUS dari kediamannya di Kampung Sungai Apong selepas mengadu sakit dada pada pukul 12 tengah malam tadi.

Kanang, 65, adalah anak Sarawak yang menjadi kebanggaan negara kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari 1962 hingga 1963.

Berasal daripada komuniti Dayak (Iban), beliau merupakan anggota tentera daripada Rejimen Renjer Diraja dan merupakan Sarjan Mejar Rejimen kepada 8 Renjer dalam ATM.

Kanang dianugerahkan dengan pingat-pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada 3 Jun 1981.-3/1/2013

~ ‎15 pintu syaitan yang ada di dalam diri kita :- ~

1. pintu marah
2. cinta dunia
3. kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
4. panjang angan-angan
5. rakus
5. bakhil
7. suka pada pujian
8. riak
9. ujub (merasa kagum)
10. takut dan gelisah
11. buruk sangka
12. memandang rendah pada orang lain
13. merasa suka pada dosa
14. merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
15. putus asa daripada rahmat "ALLAH"