Thursday, December 27, 2012

Megah Perawan

WOOT!!WOOOOTT!!

Kekekekke..ni entry lama dah ni, saje nak update balik, produk Megah Perawan pon bleh dapatkan dari Hana okeysss..dibuka semula. Da lama bercuti dari wat menda2 ni sebenarnya, ok sekarang da OPEN!!order2..sape yg da pnah guna produk ni bleh share okeys!..

pm Hana here:

Salam sumer ;), haaa jangan terkejut plak dgn pic yg baru Hana upload ni, saje nk promote ckit..;b pengedar kecil-kecilan saje....Hana pon pengguna product ni sekarang, Hanya sekadar sampingan saje, disamping mencari ilmu perniagaan (^_^). Act, Hana dah ada page untuk produk ni sbnrnya, tp arini terasa plak nak share ngan member2 blog kat cni..and customer Hana buat masa ni ramai dari sabahan dan serawakian ;) Jika ada yang berminat leh jgk pm Hana utk tahu lebih lanjut k
wassap : 019-9272243
Harga Hana bleh bagi diskaun lagi..yg penting pm Hana ;), Produk ni ada iklannya di Majalah, surat khabar

Produk Megah Perawan

(RM 38.90) - semanjung
(RM 40.00) - sabah/serawak

1. Choco Collogen Beuty Hans

-Sangat berkesan dalam memperbaiki struktur kulit agar cantik dan gebu di samping mencerah dan menganjalkan kulit.
-Kandungan collagen yang padu dapat mengurangkan garis penuaan dan membentuk wajah kelihatan lebih muda dan berseri.
-Memudarkan tompok-tompok gelap dan menghilangkan parut-parut seluruh kulit badan terutama belakang badan yang sering bermasalah.
-Tidak perlu dibancuh,hanya tuangkan di dalam mulut dan nikmatilah keenakannya!

Cara penggunaan:
Ambil 1-2 sachets sehari secara langsung selepas sarapan pagi atau sebelum tidur. Sesuai untuk wanita dan lelaki.

Cara Penyimpanan:
Letak di tempat yang kering dan jauhkan daripada sinaran matahari.

(RM 21.90) - semenanjung
(RM 23.90) - sabah/serawak

2. Bangkit Seri Whitening Soap

Diformulasikan daripada ekstrak bahan-bahan semulajadi terpilih iaitu Ekstrak Lemon, Ekstrak Limau, Badam, Rosemary, Zaitun, Madu dan Cendawan Emas yang diadun dengan begitu sempurna untuk merawat jeragat, jerawat dan tanda-tanda penuaan sekaligus menjadikan kulit wajah bersih, gebu, anjal dan berseri seawal penggunaan.

Cara Penggunaan:
Buihkan Bangkit Seri Whitening Soap pada wajah, urut secara merata dan bilas sehingga bersih. Untuk kesan berganda hebat, gunakan Bangkit Seri BB Cream selepas mencuci wajah. Gunakan 2x sehari, pagi dan malam.

(RM 27.90) - semenanjung
(RM 29.90) - Sabah/ Serawak 

3. BB Cream Dengan Ekstrak Herba

Bangkit Seri BB Cream adalah krim bertekstur ringan yang diformulasi daripada Esktrak semula jadi yang berfungsi untuk memudaratkan jeragat, jerawat, memulihkan keadaan kulit yang rosak, melembab menegang, mengawal lebihan minyak serta mencerahkan kulit secara semulajadi.

Cara Penggunaan :
Oleskan Bangkit Seri BB Cream secara merata pada kulit wajah siang dan malam selepas membersih muka. Gunakan bersama Bangkit Seri Whitening Soap untuk hasil yang lebih memuaskan.

(RM 21.80) - semenanjung
(RM23.80) - sabah/serawak

4. Dara Sunti Herbal Wash

Pembersih Feminin Wanita dan Ekstrak Daun Sireh, Kacip Fatimah, Manjakani, Ekstrak Mawar dan Tree Tea Oil yang bertindak untuk membersih, mengelakkan jangkitan bakteria yang menyebabkan bau yang kurang menyenangkan serta mengatasi masalah di bahagian femini wanita. Ia juga membantu memberi kesegaran dan keharuman sepanjang hari setiap kali menggunakan Dara Sunti Herbal Wash.

Cara Penggunaan:
Titiskan gel Dara Sunti Herbal Wash pada tapak tangan dan cuci pada Feminin ( alat sulit wanita ) hingga berbuih dan bilas hingga bersih.

(Pembersih, Penyegar & Pencerah Wanita Berkolagen)

Gabungan Herba Tradisional Terbaik Asia
- Daun Sireh
- Manjakani
- Kacip Fatimah
- Ekstrak Mawar
- Tea Tree Oil

(RM 39.90) - semenanjung
(RM 41.90) - sabah/serawak

5. Double Slym Up
(Rahsia bentuk badan anda & pelangsingan anda).

-Membantu dalam membantu membuang lemak tepu.
-Bertindak secara semula jadi mengeluarkan peluh dan memecah lemak tanpa perlu bersenam serta membakar lemak secara semulajadi.
-Membantu mengurangkan selera makan dan mengenyangkan perut sepanjang hari.
-Memudahkan pelawasan pembuangan air kecil dan besar dan meningkatkan sistem imunisasi badan.
-Selamat digunakan dan tiada bahan kimia berbahaya.
- Tidak digalakkan bagi wanita yang hamil
- Jauhkan daripada kanak-kanak
- Sesuai untuk kegunaan lelaki & wanita
- Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik

Cara Penyediaan:
- Campurkan 1 sachet ke dalam 1 cawan air suam, kacau sehingga larut. Minum segera.
- Bagi berat melebihi 75kg keatas digalakkan 2x sehari selepas makan pagi dan makan malam. Banyakkan minum air kosong.
- Ambil 1 kali sehari selepas makan.

(RM34.90) - semenanjung
(RM 37.00) - sabah/serawak

6. Dara Sunti Collagen.

Cara Minum:
-Tuangkan ke dalam mulut tanpa dibancuh dengan air dan rasai keenakkan serta merta, Dara Sunti Collagen dengan perasa asli gabungan Madu, Kacip Fatimah, Puri Mangga dan Acai Berry.
-Boleh diambil 1-2 kali sehari sebelum atau selepas makan pada bila-bila masa ia juga sesuai untuk wanita yang sudah berkahwin atau masih dara.
-Simpan ditempat yg sejuk.

Setiap hari badan kita akan kehilangan collagen dengan kadar yang pantas. Ini boleh dilihat apabila berlakunya tanda-tanda seperti di bawah:-
-Garisan kesan ketawa,
-kedutan,
-lingkaran hitam bawah mata,
-eye bag,
-penglihatan kabur.
-Garis halus kelihatan pada leher
-Gusi tidak sihat
-Payudara dan punggung kendur
-Kehilangan kalsium,
-sakit belakang,
-sakit sendi
-Kulit kering,
-kulit hilang keanjalan,
-kelihatan lebih tua
-Liang roma jadi lebih besar,
-pigmentasi,
-jeragat,
-kulit kekuningan
-Rambut jadi kering dan bercabang dihujung

Oleh itu, pengambilan produk-produk berunsurkan collagen amat-amat perlu untuk mengimbangi kehilangan yang sememangnya tidak akan dapat dielakkan. Maka dengan itu anda memerlukan Dara Sunti Collagen sebagai penyelesaiannya.

Rahsia Wanita Kembali Sunti
- Awet muda
- Payudara
- Keputihan
- Perapat
- Men0.p
- Senggugut

Wednesday, December 19, 2012

~ SILENT PLEZZ?? ~


Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes..
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam persetujuan..

tapi..

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya..
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya..
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya..
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya..

kerana..

DIAM kita mungkin disalah tafsir
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka
DIAM kita mungkin disilap terjemah..
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud..

maka..

jika kita merasakan DIAM itu terbaik..
seharusnya kita DIAM..
namun seandainya DIAM kita bukanlah sesuatu yang bijak..
berkatalah sehingga mereka DIAM..

Friday, November 23, 2012

~ Tip Cinta Suami Isteri ~


Tips cinta suami isteri ♥

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar un
tuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

3. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

4. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

5. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan

Friday, November 16, 2012

Nabi Muhammad s.a.w

Pesanan terakhir Rasulullah s.a.w (Isi khutbah terakhir Rasulullah s.a.w)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

          "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini."Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil."Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh."Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku."Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Nabi Isa a.s

Kepercayaan dasar Islam tentang Nabi Isa a.s

Beberapa kepercayaan yang dianut ummat Islam mengenai Isa antara lain :
  • Salasilah Nabi Isa datang daripada Nabi Ibrahim a.s. melalui puteranya Ishak a.s.
  • Isa adalah salah satu nabi yang tergolong dalam Ulul Azmi, yakni Nabi dan Rasul yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa bersama dengan (Nabi Muhammad s.a.w., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Nuh a.s.).
  • Isa diutus untuk kaum bani Israel
  • Isa bukanlah Tuhan mahupun anak Tuhan, melainkan salah seorang manusia biasa yang diangkat menjadi Nabi dan Rasul sebagaimana juga setiap Nabi dan Rasul lain yang diutus pada kaum masing-masing.
  • Kelahiran Isa terjadi dengan ajaib, tanpa ayah kandung, atas kekuasaan Tuhan. Ibunya Maryam adalah dari golongan mereka yang suci serta masih perawan, atas kekuasaan Allah apapun boleh terjadi, seperti halnya Nabi Adam a.s. tanpa bapa dan ibu mampu diciptakan atas kehendak Allah Yang Maha Agung.
  • Isa memiliki beberapa keajaiban atas kekuasaan Tuhan. Di samping kelahirannya, baginda mampu bercakap-cakap sewaktu berusia hanya beberapa hari, Isa bercakap dan membela Ibunya dari tuduhan penzinaan. Dalam Al-Quran juga menceritakan kisah baginda menghidupkan orang yang sudah mati, menyembuhkan buta dan sopak.
  • Isa menerima wahyu dari Allah melalui Injil (merujuk pada Perjanjian Baru agama Kristian), namun versi yang dimiliki oleh umat Kristian pada waktu ini dipercayai telah ditokok tambah dari versi asalnya. Beberapa pendapat dalam Islam menyebutkan bahawa Injil Barnabas adalah versi Injil paling berlainan dari Injil yang diperbaharui setiap masa pada waktu ini.
  • Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib, Allah menyerupakan Yudas iaitu sahabat Isa yang mengkhianatinya dengan Isa Al-masih putera Maryam, sedangkan Isa sendiri diangkat terus ke syurga dan sahabatnya yang diserupakan tadi adalah orang yang disalib.
  • Isa masih hidup dan berada di syurga, suatu hari baginda akan datang kembali ke bumi untuk melawan Dajjal (atau Antichrist dalam agama kristian) dan merupakan salah satu tanda-tanda dekatnya Hari Kiamat.
  • Isa bukan merupakan penebus dosa manusia, Islam menolak konsep dosa turunan dan menganut konsep bahawa setiap manusia bertanggungjawab dan akan diadili atas perbuatannya sendiri.

Nabi Yahya a.s

Kisah Nabi Yahya a.s 

Nabi Zakaria a.s., ayah kepada Nabi Yahya sedar dan mengetahui bahawa anggota-anggota keluarganya, saudara-saudaranya, sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya adalah orang-orang jahat Bani Israil yang tidak segan-segan melanggar hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran dan kemaksiatan. Ia khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya atas kaumnya, bahawa mereka akan makin rosak dan makin berani melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suciTaurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama.

Nabi Zakaria a.s

Kisah Nabi Zakaria a.s 

Nabi Zakaria(Zacharias){Zakaria ben Yehoiada ben Yusahafat ben Asa ben Abia ben Rehabeam ben Sulaiman(Nabi Sulaiman a.s)ben Daud(Nabi Daud a.s). Baginda Nabi Zakaria, adalah ayah kepada Nabi Yahya a.s.; putera tunggalnya yang lahir setelah ia mencapai usia sangat tua iaitu pada usia sembilan puluh tahun. Sejak beristeri Hanna(Elisabeth), ibu saudaranya Maryam(Mary),Zakaria mendambakan mendapat anak yang akan menjadi pewarisnya. Siang dan malam tiada henti-hentinya ia memanjatkan doanya dan permohonan kepada Allah agar dikurniai seorang putera yang akan dapat meneruskan tugasnya memimpin Bani Israil. Ia khuatir bahawa bila ia mati tanpa meninggalkan seorang pengganti, kaumnya akan kehilangan pemimpin dan akan kembali kepada cara-cara hidup mereka yang penuh dengan mungkar dan kemaksiatan dan bahkan mungkin mereka akan mengubah syariat Musa dengan menambah atau mengurangi isi kitab Taurat sekehendak hati mereka. Selain itu, ia sebagai manusia, ingin pula agar keturunannya tidak terputus dan terus bersambung dari generasi sepanjang Allahmengizinkannya dan memperkenankan.

Nabi Zakaria tiap hari sebagai tugas rutin pergi ke mihrab besar melakukan sembahyang serta menjenguk Maryam anak iparnya yang diserahkan kepada mihrab oleh ibunya sesuai dengan nadzarnya sewaktu ia masih dalam kandungan. Dan memang Zakarialah yang ditugaskan oleh para pengurus mihrab untuk mengawasi Maryam sejak ia diserahkan oleh ibunya. Tugas pengawasan atas diri Maryam diterima oleh Zakaria melalui undian yang dilakukan oleh para pengurus mihrab di kala menerima bayi Maryam yang diserahkan pengawasannya kepadanya itu adalah anak saudara isterinya sendiri yang hingga saat itu belum dikurniai seorang anak pun oleh Tuhan.

Suatu peristiwa yang sangat menakjubkan dan menghairankan Zakaria telah terjadi pada suatu hari ketika ia datang ke mihrab sebagaimana biasa. Ia melihat Maryam disalah satu sudut mihrab sedang tenggelam dalam sembahyangnya sehingga tidak menghiraukan bapa saudaranya yang datang menjenguknya. Di depan Maryam yang sedang asyik bersembahyang itu terlihat oleh Zakaria berbagai jenis buah-buahan musim panas. Bertanya-tanya Nabi Zakaria dalam hatinya, dari mana datangnya buah-buahan musim panas ini, padahal mereka masih berada dalam musim dingin. Ia tidak sabar menanti anak saudaranya selesai sembahyang, ia lalu mendekatinya dan menegur bertanya kepadanya: "Wahai Maryam, dari manakah engkau dapat ini semua?"

Maryam menjawab: "Ini adalah pemberian Allah yang aku dapat tanpa dicari dan diminta. Di waktu pagi dikala matahari terbit aku mendapatkan rezekiku ini sudah berada didepan mataku, demikian pula bila matahari terbenam di waktu senja. Mengapa bapa saudaranya merasa hairan dan takjub? Bukankah Allah berkuasa memberikan rezekinya kepada siapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan?"


Nabi Yunus a.s

Pengajaran dari kisah Nabi Yunus a.s

Bahawasannya seorang yang bertugas sebagai da'i - juru dakwah harus memiliki kesabaran dan tidak boleh cepat-cepat marah dan berputus asa bila dakwahnya tidak dapat sambutan yang selayaknya atau tidak segera diterima oleh orang-orang yang didakwahinya. Dalam keadaan demikian ia harus bersabar mengawal emosinya serta tetap meneruskan dakwahnya dengan bersikap bijaksana dan lemah lembut, sebagaimana firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud : "Serulah, berdakwahlah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik { sopan dan lemah lembut } ."

Di dalam diri Nabi Yunus Allah telah memberi contoh betapa ia telah disesalkan atas tindakannya yang tergesa-gesa kerana kehilangan kesabaran, meninggalkan kaum Ninawa, padahal mereka masih dapat disedarkan untuk menerima ajakannya andaikan ia tidak terburu-buru marah dan meninggalkan mereka tanpa berunding lebih dahulu dengan Allah yang telah mengutusnya. Atas pelanggaran yang telah dilakukan tanpa sedar Allah telah memberi hukuman kepada Nabi Yunus berupa kurungan dalam perut ikan paus sebagai peringatan dan pengajaran agar tidak terulang lagi setelah ia diberi ampun dan disuruh kembali ke Ninawa melanjutkan dakwahnya.

Rujukan utama : http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Yunus_a.s.

Nabi Ilyasa' a.s

Nabi Ilyasa adalah rasul dari kalangan Bani Israel dari garis keturunan yang sama dengan Musa, Harun serta Ilyas. Nama Ilyasa disebut dalam kisah Ilyas, saat rasul itu dikejar-kejar kaumnya dan bersembunyi di rumah Ilyasa'. Maka besar kemungkinan Ilyasa' juga tinggal di sekitar lembah sungai Jordan.

Ketika Ilyas bersembunyi di rumahnya, Ilyasa' masih seorang belia. Saat itu ia tengah menderita sakit. Ilyas membantu menyembuhkan penyakitnya. Setelah sembuh, Ilyasa' pun menjadi sahabat Ilyas yang selalu mendampingi untuk menyeru ke jalan kebaikan. Ilyasa' melanjutkan tugas tersebut begitu Ilyas meninggal.

Ilyasa' kemudian mendapati bahawa manusia ternyata begitu mudah kembali ke jalan sesat. Itu terjadi tak lama setelah Ilyas wafat. Padahal masyarakat lembah sungai Yordania itu sempat mengikuti seruan Ilyas agar meninggalkan pemujaannya pada berhala. Pada kalangan itulah Ilyasa tak lelah menyeru ke jalan kebaikan. Dikisahkan bahwa mereka tetap tidak mahu mendengar seruan Ilyasa', dan mereka kembali menanggung bencana kemarau yang luar biasa.

Nabi Ilyas a.s

Nabi Ilyas a.s. (bahasa Arab: إلياس) adalah seorang utusan Allah SWT. Telah terjadi pertentangan antara beliau dan kaumnya tentang berhala yang bernama Ba'l. Nabi Ilyas menyeru di jalan Allah SWT dan mengajak kaumnya tetapi kaumnya mengabaikannya. Mereka cenderung kepada Ba'l.

Selesailah halaman kehidupan dunia dan mereka dihadirkan di hadapan Allah SWT pada hari kiamat. Allah SWT menceritakan hal tersebut dalam firman-Nya:

"Dan sesungguhnya Ilyas termasuk salah seorang dari rasul-rasul. (Ingatlah) ketika ia berkata kepada kaumnya: 'Mengapa kamu tidak bertakwa? Pantaskah kamu menyembah Ba'l dan kamu tinggalkan sebaik-baik Pencipta, iaitu Allah Tuhanmu dan Tuhan bapak-bapakmu yang terdahulu?' Maka mereka mendustakannya, kerana itu mereka akan diseret (ke neraka), kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa). Dan Kami abadikan untuk Ilyas (pujian yang baik) di halangan orang-orang yang datang kemudian. (Iaitu) kesejahteran dilimpahkan atas Ilyas? Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman." (QS. ash-Shaffat: 123-132)

Hanya ayat-ayat yang pendek ini yang Allah SWT sebutkan berkaitan dengan kisah Nabi Ilyas. Dan pendapat yang paling kuat adalah pendapat yang menyatakan bahwa Ilyas adalah seorang Nabi yang bernama Ilya dalam Taurat. Injil Barnabas mengemukakan nasihat-nasihat Ilya. Tentu nasihat-nasihat tersebut tidak begitu terkenal dalam Taurat. Kami akan menyebutkan nasihat-nasihat tersebut karena di dalamnya terdapat hikmah yang dalam dan ketulusan hati. Pesan tersebut terdapat dalam injil Barnabas dari ayat 23 sampai ayat 49. Disebutkan di dalamnya bahwa

"Ilya adalah hamba Allah. Hal ini ditulis bagi semua orang yang menginginkan untuk berjalan bersama Allah Pencipta mereka. Sesungguhnya orang yang suka untuk banyak belajar maka ia akan sedikit takut kepada Allah. Kerana orang yang takut kepada Allah maka ia akan merasa puas untuk mengetahui apa-apa yang diinginkan Allah saja. Hendaklah orang-orang yang menginginkan untuk mengerjakan amal-amal yang soleh memperhatikan diri mereka karena seseorang tidak akan memperoleh manfaat ketika mendapati dunia mendapatkan keuntungan sementara ia mendapati kerugian. Selanjutnya, hendaklah orang yang mengajari orang lain berusaha untuk lebih baik daripada orang lain karena tidak akan bermanfaat suatu nasihat yang diberikan oleh orang yang tidak mengamalkan apa yang dikatakannya. Sebab, bagaimana seorang yang salah dapat memperbaiki kehidupannya sementara ia mendengar seorang yang lebih buruk darinya berusaha untuk mengajarinya. Kemudian hendaklah orang yang mencari Allah berusaha lari dari percakapan dengan manusia karena Musa ketika berada sendirian di atas gunung Saina' maka beliau menemukan Allah dan berdialog dengan-Nya sebagaimana seorang pecinta berdialog dengan kekasihnya. Dan hendaklah orang-orang yang mencari Allah berusaha keluar sekali setiap tiga puluh kali ke tempat yang biasa di jadikan perkumpulan oleh masyarakat dunia. Karena boleh jadi ia dapat melakukan suatu amal pada satu hari saja namun dihitung amalnya itu selama dua tahun, khususnya berkaitan dengan pekerjaan yang di situ ia mencari ridha Allah. Hendaklah ketika ia berbicara tidak melihat ke arah mana pun kecuali ke arah dua kakinya, dan ketika ia berbicara hendaklah mengatakan hal yang penting saja. Hendaklah ketika ia makan tidak berdiri dari meja makan dalam keadaan kekenyangan. Dan hendaklah mereka berpikir setiap hari karena boleh jadi mereka tidak akan menemui hari berikutnya. Dan hendaklah mereka benar-benar memanfaatkan waktu mereka sebagaimana mereka selalu bernafas. Hendaklah satu baju dari kulit binatang cukup untuk mereka. Hendaklah mereka setiap malam berusaha untuk tidur tidak lebih dari dua jam. Hendaklah mereka berusaha berdiri di tengah-tengah solat dengan rasa takut.

Kerjakanlah semua ini dalam rangka mengabdi kepada Allah SWT dengan menjunjung tinggi syariat-Nya yang Allah SWT kurniakan kepada kalian melalui Nabi Musa. Kerana dengan cara seperti ini, kalian akan menemukan Allah SWT dan kalian akan merasakan pada setiap zaman dan tempat bahwa kalian berada di bawah naungan Allah SWT dan Dia akan selalu bersama kalian." Demikianlah apa-apa yang disebutkan dalam injil Barnabas melalui tulisan Ilya.

Nabi Sulaiman a.s

Raja Segala Makhluk

Nabi Sulaiman a.s. (سليمان) merupakan anak Nabi Daud a.s. Sejak kecil lagi baginda telah menunjukkan kecerdasan dan ketajaman fikirannya. Pernah memutuskan perkara 2 orang yang berselisih, iaitu antara pemilik kebun dan pemilik kambing.

Allah SWT mengangkatnya sebagai nabi dan rasul. Setelah Sulaiman cukup umur dan ayahandanya wafat, Sulaiman diangkat menjadi raja di kerajaan bani Israil. Beliau berkuasa tak hanya atas manusia, namun juga binatang dan makhluk halus seperti jin dan lain-lain. Baginda dapat memahami bahasa semua binatang

Istana Nabi Sulaiman sangat indah. Dibangun dengan gotong royong manusia, binatang, dan jin. Dindingnya terbuat dari batu pualam, tiang dan pintunya dari emas dan tembaga, atapnya dari perak, hiasan dan ukirannya dari mutiara dan intan berlian, pasir di taman ditaburi mutiara, dan sebagainya.

Nabi Daud a.s

Daud ialah nabi dan raja Bani Israel. Semenjak masih muda telah menyertai tentera Bani Israil di bawah pimpinan Thalut melawan pasukan bangsa Palestin yang dipimpin Jalut (Goliath). Malahan Nabi Daud yang membunuh Jalut, sehingga dipuji sebagai pahlawan perang. Setelah Raja Thalut meninggal, Nabi Daud menggantikannya sebagai raja. Allah SWT mengangkat Daud sebagai nabi dan rasul-Nya. Kepadanyalah diturunkan kitab Zabur. Beliau memiliki sejumlah mukjizat, seperti suara yang merdu, kecerdasan akal, mengerti bahasa burung, dan melembutkan besi.

Nabi Daud meninggal dalam usia 100 tahun dan dikebumikan di Baitul Muqaddis. Beliau digantikan puteranya Nabi Sulaiman yang kemudiannya menjadi nabi.

Nabi Zulkifli a.s

Sebagai Raja dan Nabi

Nabi Zulkifli, anak Nabi Ayub a.s. Nama sebenarnya Basyar bin Ayub AS bin Amose bin Tarekh bin Rum bin Ish bin Ish bin Ishaq AS bin Ibrahim AS, tetapi diberi gelaran Zulkifli kerana beliau seorang saja yang tampil untuk menyatakan kesanggupan melaksanakan amanah raja di negerinya itu.

Rujukan utama : http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Zulkifli_a.s.

Nabi Harun a.s

Nabi Harun fasih berbicara

Harun bin Imran bin Qahits bin Lawi bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim. Baginda ialah adik-beradik seibu Nabi Musa, diutuskan untuk membantu Musa memimpin Bani Israel ke jalan yang benar.

Firman Allah bermaksud: “Dan Kami telah menganugerahkan kepadanya sebahagian rahmat Kami, iaitu saudaranya, Harun menjadi seorang nabi.”

Harun dilahirkan tiga tahun sebelum Musa. Beliau yang fasih berbicara dan mempunyai pendirian tetap sering mengikuti Musa dalam menyampaikan dakwah kepada Firaun, Hamman dan Qarun. Nabi Musa sendiri mengakui saudaranya fasih berbicara dan berdebat, seperti diceritakan al-Quran: “Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan (perkataan) ku, sesungguhnya aku khuatir mereka akan berdusta.” Sepanjang peninggalan Nabi Musa untuk bermunajat di Thur Sina, Harun juga diberikan amanah untuk mengawasi dan memimpin penduduk Bani Israel daripada melakukan kemungkaran, apa lagi menyekutukan Allah dengan benda lain. Musa berkata kepada Harun: “Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku dan perbaikilah, jangan kamu mengikuti jalan orang yang melakukan kerosakan.”

Bagaimanapun, sepanjang pemergian Musa ke Thur Sina, berlaku ujian terhadap Bani Israel. Sebilangan mereka menyekutukan Allah dengan menyembah anak lembu yang diperbuat daripada emas oleh Samiri. Mereka menyembah patung lembu itu selepas terpedaya dengan tipu helah Samiri yang menjadikannya sehingga boleh bercakap. Harun sudah mengingatkan mereka kelakuan itu adalah dosa besar, namun segala nasihat dan amaran berkenaan tidak dipedulikan.

Selepas bermunajat selama 40 hari, Musa kembali kepada kaumnya dan sungguh terkejut dengan perbuatan menyembah patung lembu itu. Musa bukan saja marah kepada kaumnya, malah Harun sendiri turut ditarik kepala dan janggutnya. Musa bertanya kepada Harun: “Wahai Harun, apa yang menghalangi engkau daripada mencegah mereka ketika engkau melihat mereka sesat? Apakah engkau tidak mengikut aku atau engkau menderhakai perintahku?”. Harun berkata: “Wahai anak ibuku, janganlah engkau renggut janggutku dan janganlah engkau tarik kepalaku, sesungguhnya aku takut engkau akan berkata, “engkau adakan perpecahan dalam Bani Israel dan engkau tidak pelihara perkataanku.” Kemudian Musa mendapatkan Samiri, lalu berkata: “Pergilah kamu dari sini bersama pengikutmu. Patung sapi itu yang menjadi tuhanmu akan aku bakar, kemudian aku akan hanyutkan ke dalam laut. Kamu dan pengikutmu pasti mendapat seksa.”

Nabi Harun hidup selama 122 tahun. Baginda wafat 11 bulan sebelum kematian Musa, di daerah al Tiih, iaitu sebelum Bani Israel memasuki Palestin. Mengenai Bani Israel, mereka memang degil, banyak soal dan sukar dipimpin, namun dengan kesabaran Musa dan Harun, mereka dapat dipimpin supaya mengikuti syariat Allah, seperti terkandung dalam Taurat ketika itu.

Selepas Harun dan Musa meninggal dunia, Bani Israel dipimpin oleh Yusya’ bin Nun. Namun, selepas Yusya’ mati, lama-kelamaan sebilangan besar mereka meninggalkan syariat yang terkandung dalam Taurat. Malah, ada kalangan mereka yang mengubah hukum di dalam kitab berkenaan, sehingga menimbulkan perselisihan dan perbezaan pendapat, akhirnya menyebabkan perpecahan Bani Israel.

Nabi Musa a.s

Nabi Musa diutuskan oleh Allah bagi memimpin Bani Israil ke jalan benar. Beliau merupakan anak kepada Imran dan Yukabad binti Qahat, (Musa bin Imran bin Qohath bin Lewi bin Yakqub bin Ishaq bin Ibrahim), bersaudara (adik-beradik mengikut sesetengah periwayatan) dengan Nabi Harun, dilahirkan di Mesir pada pemerintahan Firaun.

Nabi Syu'aib a.s

Nabi Syu'aib a.s. atau Shoaib >, (Bahasa Arab: شعيب‎; juga Shu‘ayb, Shu‘aib, Shuaib, Šuaib, Şuayb. "Siapa yang menunjukkan jalan yang benar", ialah seorang Nabi dan Rasul yang wajib diketahui dalam Islam yang juga namanya turut disebut didalam al-Qur'an. Baginda Nabi Syu'aib dipercayai ialah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s. [perlu rujukan]. Baginda Nabi Syu'aib telah dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk menjadi Rasul kepada kaum Midian, membimbing mereka kearah kebenaran serta memberi peringatan, teguran, bencana dan berita gembira kepada mereka. Namun kebanyakan kaumnya telah ingkar, lalu Allah menurunkan azab sengsara kepada kaum Madian dan memusnahkan mereka .

Nabi Ayub a.s

Nabi Ayub a.s. menggambarkan manusia yang paling sabar, bahkan boleh dikatakan bahawa baginda berada di puncak kesabaran. Sering orang mengagumi kesabaran kepada Nabi Ayub. Misalnya, dikatakan: seperti sabarnya Nabi Ayub. Jadi, Nabi Ayub menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya. Allah SWT telah memujinya

Nabi Yusuf a.s

Baginda merupakan putera ketujuh (ada sumber mengatakan anak kesebelas) Nabi Ya'akub a.s. dan baginda berkongsi ibu yang dikenali sebagai Rahil dengan adiknya, Bunyamin. Baginda mempunyai 12 orang adik beradik lelaki dan baginda mempunyai rupa paras yang tampan dan dimanjai oleh bapanya. Walau bagaimanapun, ibu kandungnya wafat ketika baginda berusia 12 tahun.

Kasih sayang yang diperolehi dan kelebihan pada baginda dan Bunyamin mendorong 10 adik-beradik lelaki dari ibu yang lain berasa iri-hati dan dengki yang mewujudkan komplot menarik perhatian bapa mereka. Mereka bercadang untuk membunuh baginda.

Yahudza, anak lelaki keempat dari Nabi Ya’akub dan yang paling cekap dan bijaksana di antara mereka tidak bersetuju dengan cadangan pembunuhan memandangkan perlakuan tersebut adalah dilarang. Maka, demi menghalau Yusuf, dia mencadangkan untuk mencampakkan baginda ke dalam sebuah "perigi buta" yang terletak di persimpangan jalan kafilah-kafilah dagang dan para musafir beristirehat. Dengan itu, berkemungkinan Yusuf akan diselamatkan dari perigi tersebut dan di bawa oleh sesiapa sahaja untuk dijadikan hamba.

Rujukan utama : http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Yusuf_a.s.

Nabi Ya'akub a.s

Nabi Ya'akub a.s. ialah salah seorang dari 25 orang Rasul yang wajib diketahui dalam Islam seperti mana yang tercatat dalam al-Qur'an untuk memimpin umatmanusia ke jalan yang benar. Pandangan biblikal berkenaan Nabi Yaakub a.s. dirujuk ke dalam bahasa Arab sebagai Ya`qūb atau Jakub ( يعقوب), ialah seorangNabi, Rasul dalam Islam dimana baginda telah disebut di dalam Kitab Suci al-Qur'an. Pandangan Islam berkenaan Nabi Yaakub agak berlainan dengan pandanganAgama Yahudi dan Kristian walaupun ada beberapa maklumat yang sama dan hampir sama. Nabi Yaakub telah dilahirkan di Kan'an, kemudian baginda telah berhijrah ke Faddam A'ram di Iraq, sebelum sekembalinya semula ke Palestin.

Nabi Ishaq a.s

Kisah Nabi Allah Ishaq a.s

Nabi Ishaq adalah putera nabi Ibrahim dari isterinya Sarah, sedang Nabi Ismail adalah puteranya dari Hajr, dayang yang diterimanya sebagai hadiah dari Raja Namrud. Tentang Nabi Ishaq ini tidak dikisahkan dalan Al-Quran kecuali dalam beberapa ayat di antaranya adalah ayat 69 sehingga 74 dari surah Hud, seperti berikut:

64:" Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (Malaikat-malaikat) telah datang kepada Ibrahim membawa khabar gembira mereka mengucapkan "selamat".Ibrahim menjawab: "Selamatlah" maka tidak lama kemudian Ibrahim menjamukan daging anak sapi yang dipanggang. 70. Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka, dan merasa takut kepada mereka. Malaikat itu berkata " Jangan kamu takut sesungguhnya kami adalah (Malaikat-malaikat) yang diutuskan untuk kaum Luth." 71. dan isterinya berdiri di sampingnya lalu di tersenyum. Maka Kami sampaikan kepadanya berita gembira akan (kelahiran) Ishaq dan sesudah Ishaq (lahir pula) Yaakub. 72. Isterinya berkata " sungguh menghairankan apakah aku akan melahirkan anak padahal aku adalah seorang perempuan tua dan suamiku pun dalam keadaan yang sudah tua juga? Sesungguhnya ini benar-benar sesuatu yang aneh. 73. Para Malaikat itu berkata " Apakah kamu merasa hairan tentang ketetapan Allah? (itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya dicurahkan atas kamu hai Ahlulbait! sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah. 74. Maka tatkala rasa takut hilang dari Ibrahim dan berita gembira telah datang kepadanya dia pun bersoal jawab dengan (Malaikat-malaikat) Kami tentang kaum Luth." (Hud : 69 ~ 74)

Selain ayat-ayat yang tersebut di atas yang membawa berita akan lahirnya Nabi Ishaq daripada kedua orang tuanya yang sudah lanjut usia yang menurut sementara riwayat bahwa usianya pada waktu itu sudah mencapai sembilan puluh tahun, terdapat beberapa ayat yang menetapkan kenabiannya di antaranya ialah ayat 49 surah "Maryam" sebagai berikut:" Maka ketika Ibrahim sudah menjauhkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah Kami anugerahkan kepadanya Ishaq dan Ya'qup. Dan masing-masingnya Kami angkat menjadi nabi."

Dan ayat 112 dan 113 surah "Ash-Shaffaat" sebagai berikut :
" 112. Dan Kami dia khabar gembira dengan (kelahiran) Ishaq seorang nabi yang termasuk orang-orang yang soleh. 113. Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. Dan di antara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang zalim terhadap dirinya dengan nyata."

Nabi Ismail a.s

Kisah Nabi Ismail a.s 

Nabi Ibrahim yang berhijrah meninggalkan Mesir bersama Sarah, isterinya dan Hajar, dayangnya di tempat tujuannya di Palestin. Ia telah membawa pindah juga semua binatang ternakannya dan harta miliknya yang telah diperolehinya sebagai hasil usaha niaganya di Mesir. Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. berkata:

    "Pertama-tama yang menggunakan setagi {setagen} ialah Hajar ibu Nabi Ismail tujuan untuk  menyembunyikan kandungannya dari Siti Sarah yang telah lama berkumpul dengan Nabi Ibrahim a.s. tetapi belum juga hamil. Tetapi walaubagaimana pun juga akhirnya terbukalah rahsia yang disembunyikan itu dengan lahirnya Nabi Ismail a.s. Dan sebagai lazimnya seorang isteri sebagai Siti Sarah merasa telah dikalahkan oleh Siti Hajar sebagai seorang dayangnya yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s. Dan sejak itulah Siti Sarah merasakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. lebih banyak mendekati Hajar kerana merasa sangat gembira dengan puteranya yang tunggal dan pertama itu, hal ini yang menyebabkan permulaan ada keratakan dalam rumahtangga Nabi Ibrahim a.s. sehingga Siti Sarah merasa tidak tahan hati jika melihat Siti Hajar dan minta pada Nabi Ibrahim a.s. supaya menjauhkannya dari matanya dan menempatkannya di lain tempat."

Untuk sesuatu hikmah yang belum diketahui dan disedari oleh Nabi Ibrahim Allah s.w.t. mewahyukan kepadanya agar keinginan dan permintaan Sarah isterinya dipenuhi dan dijauhkanlah Ismail bersama Hajar ibunya dan Sarah ke suatu tempat di mana yang ia akan tuju dan di mana Ismail puteranya bersama ibunya akan ditempatkan dan kepada siapa akan ditinggalkan.

Maka dengan tawakkal kepada Allah berangkatlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah membawa Hajar dan Ismail yang diboncengkan di atas untanya tanpa tempat tujuan yang tertentu. Ia hanya berserah diri kepada Allah yang akan memberi arah kepada binatang tunggangannya. Dan berjalanlah unta Nabi Ibrahim dengan tiga hamba Allah yang berada di atas punggungnya keluar kota masuk ke lautan pasir dan padang terbuka di mana terik matahari dengan pedihnya menyengat tubuh dan angin yang kencang menghembur-hamburkan debu-debu pasir.

Nabi Luth a.s

Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayahnya yang bernama Haran bin Terah. Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami sepanjang timur laut (Dari Israel - Yordania), Laut Mati. Ibukota Sodom terletak di Utara Basin, Laut Mati.

Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi.

Nabi Ibrahim a.s

Nabi Ibrahim a.s. (Arab dan Jawi: إبراهيم عليه السلام) merupakan nabi dan rasul yang sangat penting dalam agama Islam, dan juga agama lain sepertiKristian dan Yahudi. Baginda telah diberi gelaran Khalil Ullah iaitu "Sahabat Allah". Selain itu beliau bersama anaknya Nabi Ismail a.s. terkenal sebagai pengasas Kaabah. Baginda juga merupakan salah seorang daripada lima orang nabi Ulul Azmi.

Sejarah Awal Nabi Ibrahim a.s

Nabi Ibrahim adalah putera Azar (atau Terah bin Nahor bin Serug bin Rehu bin Falikh bin Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh A.S.). Ia dilahirkan di sebuah tempat bernama "Faddam A'ram" dalam Empayar Neo-Babylon yang pada waktu itu diperintah oleh seorang raja zalim bernama "Namrud bin Kan'aan." Sebelum itu keadaan tempat kelahirannya berada dalam kucar-kacir. Ini adalah kerana Raja Namrud mendapat petanda bahawa seorang bayi akan dilahirkan disana dan bayi ini akan membesar dan merampas takhtanya. Antara sifat insan yang akan menentangnya ini ialah dia akan membawa agama yang mempercayai satu tuhan dan akan menjadi pemusnah batu berhala. Insan ini juga akan menjadi penyebab Raja Namrud mati dengan cara yang dahsyat. Oleh itu Raja Namrud telah mengarahkan semua bayi yang dilahirkan di tempat ini dibunuh, manakala golongan lelaki dan wanita pula telah dipisahkan selama setahun.

Walaupun begitu dalam keadaan cemas ini, kehendak Allah tetap terjadi. Isteri Aazar telah mengandung namun tidak menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Pada suatu hari dia terasa seperti telah tiba waktunya untuk melahirkan anak dan sedar sekiranya diketahui Raja Namrud yang zalim pasti dia serta anaknya akan dibunuh. Dalam ketakutan, ibu nabi Ibrahim telah bersembunyi dan melahirkan anaknya di dalam sebuah gua yang berhampiran. Selepas itu, dia memasuki batu-batu kecil dalam mulut bayinya itu dan meninggalkannya keseorangan. Seminggu kemudian, dia bersama suaminya telah pulang ke gua tersebut dan terkejut melihat nabi Ibrahim a.s masih hidup. Selama seminggu, bayi itu menghisap celah jarinya yang mengandungi susu dan makanan lain yang berkhasiat. Semasa berusia 15 bulan tubuh Nabi Ibrahim telah membesar dengan cepatnya seperti kanak-kanak berusia dua tahun. Maka kedua ibubapanya berani membawanya pulang kerumah mereka.

Nabi Saleh a.s

Pengajaran dari kisah Nabi Saleh a.s 

Pengajaran yang menonjol yang dapat dipetik dari kisah Nabi Saleh ini ialah bahwa dosa dan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh sekelompok kecil warga masyarakat yang negatif dapat membinasakan masyarakat itu seluruhnya.

Lihatlah betapa kaum Tsamud menjadi binasa, hancur, bahkan tersapu bersih di atas bumi kerana dosa dan pelanggaran perintah Allah yang dilakukan oleh beberapa orang pembunuh unta Nabi Saleh A.S. Di sinilah letaknya hikmah perintah Allah agar kita melakukan amar makruf, nahi mungkar. Ini kerana dengan melakukan tugas amar makruf nahi mungkar yang menjadi fardu kifayah itu, setidak-tidaknya kalau tidak berhasil mencegah kemungkaran yang terjadi di dalam masyarakat dan perlindungan kita, kita telah membebaskan diri dari dosa menyetujui atau merestui perbuatan mungkar itu.

Bersikap acuh tak acuh terhadap maksiat dan kemungkaran yang berlaku di depan mata dapat diertikan sebagai persetujuan dan penyekutuan terhadap perbuatan mungkar itu.

Nabi Huud a.s

Pengajaran dari kisah Nabi Hud a.s

Nabi Hud telah memberi contoh dan sistem yang baik yang patut ditiru dan diikuti oleh juru dakwah dan ahli penerangan agama. Beliau menghadapi kaumnya yang sombong dan keras kepala itu dengan penuh kesabaran, ketabahan dan kelapangan dada. Ia tidak sesekali membalas ejekan dan kata-kata kasar mereka dengan serupa tetapi menolaknya dengan kata-kata yang halus yang menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai emosinya dan tidak sampai kehilangan akal atau kesabaran.

Nabi Hud tidak marah dan tidak gusar ketika kaumnya mengejek dengan menuduhnya telah menjadi gila dan sinting. Ia dengan lemah lembut menolak tuduhan dan ejekan itu dengan hanya mengata:"Aku tidak gila dan bahawa tuhan-tuhanmu yang kamu sembah tidak dapat menggangguku atau mengganggu fikiranku sedikit pun tetapi aku ini adalah rasul pesuruh Allah kepadamu dan betul-betul aku adalah seorang penasihat yang jujur bagimu menghendaki kebaikanmu dan kesejahteraan hidupmu dan agar kamu terhindar dan selamat dari azab dan seksaan Allah di dunia mahupun di akhirat."

Dalam berdialog dengan kaumnya.Nabi Hud selalu berusaha mengetuk hati nurani mereka dan mengajak mereka berfikir secara rasional, menggunakan akal dan fikiran yang sihat dengan memberikan bukti-bukti yang dapat diterima oleh akal mereka tentang kebenaran dakwahnya dan kesesatan jalan mereka namun hidayah iu adalah dari Allah, Dia akan memberinya kepada siapa yang Dia kehendakinya.

Nabi Nuh a.s

Pengajaran dari kisah Nabi Nuh a.s 

Bahawasanya hubungan antara manusia yang terjalin kerana ikatan persamaan kepercayaan atau penamaan aqidah dan pendirian adalah lebih erat dan lebih berkesan daripada hubungan yang terjalin kerana ikatan darah atau kelahiran. Kan'aan yang walaupun ia adalah anak kandung Nabi Nuh, oleh Allah s.w.t. dikeluarkan dari bilangan keluarga ayahnya kerana ia menganut kepercayaan dan agama berlainan dengan apa yang dianut dan didakwahkan oleh ayahnya sendiri, bahkan ia berada di pihak yang memusuhi dan menentangnya.

Maka dalam pengertian inilah dapat difahami firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:"Sesungguhnya para mukmin itu adalah bersaudara." Demikian pula hadis Rasulullah s.a.w.yang bermaksud:"Tidaklah sempurna iman seseorang kecuali jika ia menyintai saudaranya yang beriman sebagaimana ia menyintai dirinya sendiri."Juga peribahasa yang berbunyi:"Adakalanya engkau memperolehi seorang saudara yang tidak dilahirkan oleh ibumu."

Nabi Idris a.s.

Nasihat dan Pengajaran dari Kisah Nabi Idris a.s

Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah : ~
- Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kepada kemenangan.
- Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat daripada Tuhannya dengan      amal-amal solehnya.
- Apabila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa  dan solatmu.
- Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
- Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan pujian kepada Allah.
- Janganlah iri hati kepada orang-orang yang bernasib baik , kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati nasib baiknya.
- Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.
- Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehnya seorang tidak dapat bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.

Nabi Adam a.s

Pengajaran yang terdapat dari Kisah Nabi Adam a.s

Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam perintah-perintah dan larangan-larangan Allah dan dalam apa yang diciptakannya kadangkala tidak atau belum dapat dicapai oleh otak manusia bahkan oleh makhluk-Nya yang terdekat sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah akan menciptakan manusia - keturunan Adam untuk menjadi khalifah-Nya di bumi sehinggakan mereka seakan-akan keberatan dan bertanya-tanya mengapa dan untuk apa Allah menciptakan makhluk lain daripada mereka yang sudah taat, rajin beribadat, bertasbih, bertahmid dan mengagung- agungkankan nama-Nya.

Bahawasanya manusia walaupun telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental mereka tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf. Seperti mana yang telah terjadi pada diri Nabi Adam walaupun baginda telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu. Baginda telah lupa dan mengingkari perintah Allah kepadanya mengenai pohon terlarang itu dan mengenai Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.

Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidakkah sepatutnya mereka berputus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan asalkan mereka sedar akan kesilapan dan bertaubat serta tidak akan mengulanginya . Rahmat Allah dan maghfirah-Nya dapat mencakupi segala dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya kecuali syirik sekalipun dosa besar asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan.

Sifat sombong dan bongkak selalu membawa kepada kerugian dan kebinasaan. Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang ketua malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya sehingga hari Kiamat kerana kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga dia menganggap dan memandang rendah Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah SWT.

Thursday, November 8, 2012

Anugerah Skrin 2012

Anugerah Skrin 2012 membawa kelainan pada tahun ini dengan dunia fantasinya. Berkonsepkan 'Selami Dunia Fantasi Kami' (Fairy Tale) menampilkan Neelofa, Aiman Ridza, Awal Ashaari. Tak sabar nak tengok...;), saksikan mereka 9 November 2012 (Jumaat) , Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur jam 9:00 malam...





Tuesday, November 6, 2012

Graduation Day ;D Weeeee!!!

Hye U oLzs ;), lama Hana menyepi kan? bukan menyepi pun, actually Hana ada buat biz cikit dengan member kt s.alam. So, just jadi biz partner dia, so Hana ada keje sikit kt blog http://koleksisyazreen.blogspot.com/..kalo u guyz rajin, jenjalan la ke sana eh. Its still new n growing up dgn mcm2 tdung akan di upload. Last 2 days, Hana berkonvokesyen..hehehehhe...itu la sebenarnya nak cakap. So, berakhirla segalanya. Hana dah xnak sambung lagi, da penat belajar, lagi pun sekarang Hana sudah ada komitment lain dalam hidup. Walaupon sentiasa dapat dorongan daripada suami tercinta, tapi mungkin perjuangan belajar Hana setakat itu sahaja. Dan Hana ada plan lain nak buat lepas ni. Hope akan sentiasa mendapat sokongan daripada keluarga tercinta dan pembaca blog Hana yang setia juga. Thanks a lot. Jom cuci mata dengan foto2 terbaru Hana....layanzzzz.....;D

SEKITAR HARI KONVOKESYEN KE-12 UTHM

Revolusi la konon kn...;) dari kiri zaman kecik dah pakai jubah graduation ;). Hehe, tengah Diploma and last dengan Ijazah. Alhamdulillah, segalanya berakhir jua ;), . Yang degree tu Hana pakai kasut Hitam, tapi kaki dah melecet gila, hbis blakang n jari kaki melecet. Hana bukak pakai sandle ni, sakit Tuhan je yang tahu.

Dataran Siswazah, posing2 hari raptai Konvo di UTHM

with mu luvly Hubby yang selalu bagi support dalam apa jua keadaan. Thanks a lot Suamiku

Men nyorok2..hehehe..peaceeeee !!!

kau di sana, ku disini ;b

macam mana la nak pakai benda alah ni mie..hahaha..my frenz emy

betulkan sikit, nak pi berjimba nih!

nice and sweet pic, comel sangat ;D

Di sini, segalanya bermula dan berakhir sebuah perjalanan di UTHM

cantik!

Kenangan terakhir ;)

yuhuuuuu, U kami ada flight,,hehehhe..meh jenjalan sini, tengok sendiri



Men2 Air la, konon tepi swimming pool la katakan, hak3. Cantik gambar

Snap snap!!..cik abg snap!

Dulu masa awal2 datang belajar, kat tempat ni la bergambar, last belajar pon kat sini jgk. Hehe..ada batu bersejarah yang penuh bermakna disana,..


yeheeee...da xada gaya lagi daaaaa....

alamak! panas sangat, silauuu!

Syahir, Ain, Emy

Acara raptai 3 NOV 12, Dewan Utama, K, Mat Du

Last part, ain, hana, emy, ros

Thanks Hubby snap pic nih, pendaftaran, sebelum masuk Dewan Utama sebelum penganugerahan

Hubby yang macho, hak3..sebelum masuk Dewan


Zul, Syahir, ain, hana...

Thanks dear Hubby for d roses..luv u so much ;)

Oh god, from Dato' NC...sempat aje abg snap this pic

My bro, sis, ank2 buah ipar

Thanks 4 alz of u, coz dtg meraikan majlis konvokesyen kali ni. Terharu sangat ;* muackss

Datarn penyu, DTII...last but not least...;) nice pic, dapat jgk bergambr disini.


Berakhir sudah perjalanan sebagai mahasiswi di UTHM, moga ilmu yang ada ini dapat digunakan dengan sebaiknya. Terima kasih sekali lagi kepada semua pendorong2 utama, ibu bapa, keluarga, suami tercinta, kawan2, pensyarah. Tanpa kalian semua, tidak mungkin diri ini dapat melangkah kaki hingga ke titik ini. Moga dipermudahkan perjalanan hidup dan dimurahkan rezeki kita semuanya. Aminnnn...;)

Tuesday, October 30, 2012

9 Jenis Nama Anak Syaitan, Jom Baca!!!


Umar Al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Dudk di pasar / kedai ~ menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah s.w.t.

3. A' awan
Menghasut Sultan / Raja / Pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan hingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contohnya : disko, kelab malam dan tempat yang ada minuman keras)

5. Murrah
Merosak dan melalaikan, orang yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour semetara.

6. Masuud
Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa saja penyakit yang keluar daripada kata-kata mulut.

7. Daasim ( BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KERUMAH...)
Duduk dipintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera, dan bermacam lagi keruntuhan dalam rumah tangga.)

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / Matahari


Wednesday, September 26, 2012

~ Guess Who?? ~


Cakkk???..Hhahahahha...guess who??..she's my BFF ;D, sori gambar agak kabur, Act. gambar ni discan..haha. from tahun 2003

Sekolah Kebangsaan Kampung Pek
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1
Politeknik Kota Bharu
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Sape ada kawan macam Hana? angkat tangan!...;D hahahakkk..yezz, she's kawan Hana dari zaman sekolah lagi, and sentiasa jodoh dengannya belajar di tempat yang sama. Hebatnya pertemuan ini. Kawan yang serasi cuma jodoh Hana sampai dulu, dan alhamdulillah, dalam tahun yang sama jugak iaitu tahun 2012, Hana kawin, dia pon bertunang, alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. Kami mengecapi saat2 bahagia yang dinanti-nanti. I.allah tahun depan dia akan bersatu dengan pilihan hatinya ;) Moga dipermudahkan segala perancangan itu, aminnn. Love u Na, forever and everr ;D.

Monday, September 24, 2012

~ Sambal Ikan Bilis ~


Yeayyy...hehe. Makanan tambahan je ni, sesaje tambah lauk. Xtaw nak wat ape, tapi dari tadi terpikir gak nak makan benda ni, so masak je la. sekejap je siap kalo rajin. tapi pedas sikit, Hana guna cili kering yang kecik tu, xsuka tul..terclap beli, tapi xpelah..alang2 da beli, pakai je ;)

Bahan-bahan :
Ikan bilis
1 biji bawang besar di hiris
Cili kering (dikisar)
Bawang merah + putih + besar (dikisar)
Tomato ceri
Asam keping
Garam gula secukup rasa

Friday, September 21, 2012

~ Beirut ~


Hitam, Mutu, Keunggulan..hahahha..macho man..siapa??? Gewe saya..;D



Dulu kat fb ramai komen gambar suami yang ni, tah apa yang menarik xtaw..;b. 


Bergaya gitu, nak join!




;D..Abang?? bkpo xwat balik motor ni?? nak motor niii...hakhakk


Kawan berposing..tengah cari awek, tapi xde sape nak..hahahha..muahahahhaha